Misi Mbappe Untuk Bantu Neymar Menang Ballon D’Or

Kylian Mbappe menegaskan yang beliau akan cuba membantu Neymar untuk memenangi Ballon d’Or. Mbappe meletakkan Ballon d’Or untuk Neymar sebagai keutamaan berbanding dengan kejayaan individunya sendiri.

Mbappe dan Neymar kini menjadi gandingan termahal dalam sejarah bola sepak dunia selepas Neymar dibeli oleh PSG dengan nilai €222 juta dan Mbappe dipinjam semusim dan akan dibayar musim hadapan dengan nilai €180 juta.

Kylian Mbappe berkata kepada wartawan ketika ditanya adakah beliau juga mengidam Ballon d’Or:

“Tidak! Saya sudah ada rakan yang boleh memenanginya. Secara individunya, misi peribadi saya untuk menjaringkan banyak gol dan membantu Neymar.”

“Neymar boleh membantu kami memenangi banyak piala dan kami harus menjaga beliau sebaik-baiknya. Saya akan melakukan apa yang termampu untuk membantu dia memenangi Ballon d’Or.”

“Ianya perkara yang pasti membuatkan beliau gembira. Jika boleh saya memang mahu membantu beliau!”

“PSG kelab yang penuh cita-cita untuk menjadi kelab terbaik di dunia. Jadi, kami perlu memenangi semua piala untuk menepis keraguan terhadap kita.”

Ayah Neymar sebelum ini memberitahu, salah satu sebab pemain itu mahu keluar daripada Barcelona adalah kerana ingin mencipta legasi beliau sendiri.

PSG mungkin tempat terbaik untuk Neymar menjadi pemain yang akan menyaingi pemain seperti Messi dan Ronaldo untuk Ballon d’Or ataupun FIFA Best.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN