Anda masih mengingati seorang lelaki bernama Phil Brown? Ya, bekas pengurus Hull City. Anda pasti ingat bagaimana beliau membawa Tigers beraksi dalam saingan Premier League pada musim 2008-09.
Gelagat beliau memberikan team-talk dalam satu perlawanan terpahat menjadi memori yang diingati dunia.
Mahir, sebagai juruelektrik!
Tetapi, tahukah anda bahawa beliau merupakan seorang juru Elektrik?
Phil Brown pernah diminta bapanya untuk meninggalkan kerjaya sebagai pemain bola sepak sewaktu remaja. Alasannya supaya mendapat pekerjaan yang tetap dan stabil.
Malah, beliau dengan beraninya menolak kontrak sebagai pemain di Hartlepool United. Tetapi 2 tahun selepas kejadian itu, beliau menerima pula kontrak di kelab sama.
Beliau beruntung kerana kelabnya itu membenarkannya mempromosi khidmat sebagai Juru Elektrik dalam matchday programme. Meskipun beliau bekerja sebagai Juru Elektrik secara sambilan.
Bersama Southend
Setelah meninggalkan Hull, beliau berkelana seketika bersama Preston North End. Kemudiannya barulah ke Southend United.
Pernah satu kejadian di Roots Hall, stadium Southend terpadam lampu semasa perlawanan berlangsung. Kejadian itu berlaku pada perlawanan Piala FA 2013-14. Southend melayani kunjungan Millwall.
Perlawanan itu tergendala hampir 15 minit. Kerosakan lampu itu sudah lama tidak berlaku di Roots Hall. Mujurlah Millwall tewas kepada tuan rumah.
Pengurusan Southend meminta Phil untuk membaiki lampu stadium yang rosak. Tetapi, beliau tidak menyahutnya. Beliau meminta pengurusan stadium membaikinya.
Dihargai penyokong
Malah, penyokong Southend melaungkan chants meminta beliau membaiki lampu yang rosak. Kerana ramai orang mengetahui Phil seorang juru elektrik.
Mana tidaknya, Phil sendiri pernah membaiki peralatan elektrik yang rosak di kelabnya itu. Sekurang-kurangnya beliau ada kerja lain selain bola sepak untuk menyara hidup!
Kerjayanya berbaloi kerana beliau agak lama bersama Southend, iaitu lebih daripada 4 tahun. Kini Southend beraksi di EFL League One. Phil sendiri menjadi pengurus yang membawa kelab itu naik dari EFL League Two beberapa musim lepas.
Sumber:
- Echo-News (2014): I nearly to fix the lights myself!; http://www.echo-news.co.uk/sport/blues/10916032.Southend_United_manager_Phil_Brown__I_nearly_had_to_fix_the_lights_myself_/
- Daily Mail (2008): I wont forget roots; http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-563603/I-wont-forget-roots-says-Hull-manager-Phil-Brown.html