PFAM: Pasukan Perlu Utamakan Gaji Pemain Selepas Terima Geran Tahunan

Selepas mandapat khabar gembira dari Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang mengumumkan pengagihan hak wang penyiaran dan geran tahunan, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) mengingatkan beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga-M) supaya tidak culas dalam membayar tunggakan gaji pemain.

Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail dalam kenyataannya kepada Sinar Harian bertegas supaya pasukan terlibat tidak lagi memberikan alasan selepas menerima wang tersebut yang dijangka akan mula diagihkan pada minggu depan.

“Kebanyakan pasukan yang menghadapi masalah tunggakan pembayaran gaji pemain ini selalunya memberikan alasan belum menerima wang geran atau wang hak penyiaran daripada MFL.

“Apabila beberapa penaja besar ini sudah sah menaja Liga-M musim ini, secara tidak langsung semua pasukan sudah tentu akan dapat wang geran atau wang hak penyiaran itu.

“Jadi, apa lagi alasan yang boleh diberikan pasukan bermasalah ini untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain?” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Izham turut memuji MFL yang berjaya meyakinkan beberapa syarikat korporat untuk tampil sebagai penaja utama Liga-M dan menganggap ianya satu perkembangan positif buat sukan bola sepak negara ini.

Tambahnya, dengan adanya penaja ‘besar’ itu, ia sedikit sebanyak akan dapat membantu semua pasukan mengurangkan bebanan kewangan yang memerlukan kos yang agak tinggi bagi menghadapi saingan liga.

“Ia akan menaikkan lagi prestij dan nilai komersial liga apabila badan korporat terbesar di Malaysia menjadi penaja.

“Dalam masa sama, ia boleh membantu pasukan untuk mencari penaja dalam kalangan badan korporat,” katanya.

Sebelum ini MFL telah mengumumkan Telekom Malaysia (TM) akan menjadi penyiar rasmi dan penaja utama Piala Malaysia. Satu lagi penaja, CIMB Group Holdings Berhad akan menjadi penaja utama bagi saingan Liga Super dan Piala Sumbangsih. CIMB Bank Berhad pula muncul sebagai bank rasmi bagi semua jenis kejohanan dalam saingan Liga  M.

Kredit Foto: PFAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN