PFAM Gesa Pemain & Pasukan Guna Kontrak Baharu Demi Keadilan Semua Pihak

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) adalah sebuah badan yang ditubuhkan untuk mewakili suara pemain bola sepak profesional di dalam Malaysia.

Antara fungsi utama badan bebas ini sejak penubuhannya pada 2014 ialah untuk memperbaiki kontrak profesional pemain bersama dengan pasukan.

Antara usaha yang dilakukan oleh PFAM ialah melakukan perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), selaku badan pentadbir dan badan induk bola sepak negara untuk memastikan mutu kontrak profesional pemain, seiring dengan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh FIFA.

Hasilnya, pada 24 Mei 2017, melalui satu memorendum persefahaman di antara PFAM dan FAM, National Dispute Resolution Chamber (NDRC) ditubuhkan untuk pengurusan kes pemain dengan majikan masing-masing.

Usahasama tersebut turut mewujudkan rangka kontrak standard pemain yang baharu untuk memperbaiki kontrak pemain ke arah yang lebih adil dan baik.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Saudara Izham Ismail, mengariskan pihak pemain dan pasukan wajib menggunakan kontrak berdasarkan garis panduan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) demi kepentingan dan keadilan kedua-dua pihak sebagai pekerja dan juga majikan.

Sumber: PFAM, Facebook

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PFAM, Saudara Izham Ismail berkata:

“Pada 26 Disember 2017, satu pekeliling telah dikeluarkan oleh FAM supaya semua pasukan yang bertanding menggunakan kontrak yang baru bagi musim yang akan datang.”

“Pekeliling itu juga menggariskan bahawa kontrak yang telah ditandatangani oleh pemain dan pasukan atau kontrak yang masih mengikat pemain dan pasukan, maka kedua-dua pihak haruslah menghormati dan meneruskan dengan kontrak tersebut.”

“Sekiranya pasukan ingin melanjutkan atau menandatangani kontrak yang baru dengan pemain, maka kontrak baharu ini wajib digunakan, dan kontrak baharu ini berkuatkuasa serta merta.”

“Sekiranya terdapat pertelingkahan antara pemain dan pasukan sebelum penubuhan National Dispute Resolution Chamber, Jawatankuasa Status Pemain FAM akan mendengar kes-kes tersebut dan selepas penubuhan NDRC, pertelingkahan antara pemain dan pasukan akan didengari oleh NDRC mengikut klausa dalam kontrak baharu bersama pemain.” jelas Izham.

Namun demikian, berdarkan laporan yang diterima dari pemain oleh PFAM sehingga April 2018, masih terdapat pemain dan pasukan yang mengadakan kontrak tidak mengikut garis panduan yang baharu.

Dalam kenyataan yang sama Izham berkata:

“Hal ini menyebabkan wujudnya konflik dimana perkara-perkara yang sudah dihapuskan, masih diamalkan.:

“Justeru, untuk melicinkan proses transisi penggunaan kontrak lama kepada kontrak baru, kami di PFAM menggesa pemain dan pasukan agar meggunakan kontrak baharu menjelang pembukaan jendela perpindahan pemain untuk memastikan kebajikan pemain melalui kontrak dapat dijaga.”

“Kewujudan kontrak baru ini adalah bertujuan untuk memastikan sebuah kontrak yang seimbang dan adil dapat dilaksanakan demi kepentingan kedua-dua pihak.”

“Kami amat berterima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh FAM di bawah kepimpinan bekas Presiden, Tunku Ismail yang amat memahami peri pentingnya pembaharuan yang dibuat terhadap kontrak ini.”

“Juga tidak dilupakan kepada YH Dato Hamidin, kerana menjadi orang pertama yang membuka pintu terhadap cadangan pembaharuan ini.”

“Tidak dilupakan juga, seluruh Jabatan Undang-Undang FAM, yang sentiasa komited dan sangat proaktif dalam bersama-sama kami untuk menjayakan transformasi kontrak pemain ini.”

“Sekali lagi, kami menyeru agar kontrak baru ini digunakan menjelang jendela perpindahan baru di setiap liga. Moga nilai profesionalisme bolasepak Malaysia akan menjadi lebih baik di masa mendatang,” tambah Izham.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN