Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) menjelaskan semua pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) telah menerima saranan supaya baki perlawanan musim ini akan berlangsung di stadium kosong tanpa penyokong apabila kejohanan itu bersambung semula selepas ini,
TImbalan Pengerusi Eksekutif PFA, Bobby Barnes dalam kenyataan medianya memaklumkan itu adalah satu-satunya cara untuk memastikan EPL dapat ditamatkan selepas ianya ditangguhkan sehingga 30 April berikutan krisis penularan wabak coronavirus (COVID-19).
Persatuan Bola Sepak (FA) England, EPL dan Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) telah pun bersetuju untuk melanjutkan musim ini dan tamat lebih lewat supaya ia dapat dilengkapkan.
PFA deputy chief executive Bobby Barnes has told The Athletic that the initial reluctance of players to compete behind closed doors has shifted and they are now more open to the idea.
Would be frustrating but if that's what's needed to complete the season then so be it IMO. pic.twitter.com/JbGIxV7q2f
— Footy Accumulators (@FootyAccums) March 23, 2020
Memandangkan pandemik COVID-19 dilihat semakin meningkat di seluruh negara, Barnes mengatakan semua pemain kini memahami cara yang realistik untuk menamatkan kempen 2019/20.
“Dalam ‘dunia sebenar’, memang kita mahu beraksi di hadapan ribuan penyokong tetapi saya rasa ianya akan menyebabkan lebih banyak kes jangkitan akan berlaku, jadi kita tiada alternatif lain,” kata Barnes kepada akhbar The Athletic.
Pertahanan Liverpool, Virigil Van Dijk sebelum ini mengakui akan kecewa jika penularan wabak COVID-19 akan menghalang kehadiran penyokong di stadium ketika mereka menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali pertama sejak 30 tahun yang lalu.
Van Dijk says winning the title without fans would be hollow. pic.twitter.com/hJxuT83yRi
— ESPN Australia & NZ (@ESPNAusNZ) March 16, 2020
“Kita sekarang bukan dalam ‘dunia sebanar’ itu dan semua pemain yang telah dimaklumkan menerima apa sahaja keadaan yang akan berlaku.
“Memang bola sepak ini tidak sempurna tanpa penyokong. Tetapi realiti yang perlu diterima oleh majoriti pemain terutamanya yang beraksi di peringkat tertinggi, pendapatan mereka didanai oleh wang hak penyiaran televisyen dan di sana ada kontrak yang perlu dipatuhi.
Untuk membolehkan kami (PFA) untuk melindungi kepentingan pemain-pemain ini dari sudut untuk memastikan pendapatan mereka tidak terjejas, satu-satunya cara adalah memastikan musim ini dapat ditamatkan.
COVID-19 di seluruh dunia kini telah memuncak sehingga 337,500 kes dan telah mengambil 14,600 nyawa. Kematian di Britain telah melonjak dari 54 kes kepada 335 pada Isnin.