Menghampiri penamat musim, pasti akan ada anugerah penghargaan diberikan kepada para pasukan, pemain dan pengurus yang bertanding di mana-mana liga.
Di Premier League, PFA Awards diadakan bagi menghargai jasa pemain dan juga pengurus di Premier League atas usaha yang mereka berikan sepanjang musim ini.
Terkini, satu keputusan dari anugerah tersebut telah pun diumumkan iaitu anugerah bagi PFA Premier League Team Of The Year dan agak sukar untuk kejutan berlaku.
Hal ini kerana, kesebelasan pemain ini didominasi oleh pemain Chelsea yang merupakan pasukan pendahulu Premier League ketika ini serta pasukan Tottenham Hotspur yang berada di tangga kedua liga.
Kesebelasan ini menyaksikan 11 pemain dari kalangan 6 kelab teratas Premier League sahaja.
Untuk rekod, tiada pemain Arsenal yang tersenarai dalam kesebelasan ini!
Berikut adalah senarai penuh kesebelasan PFA Premier League Team Of The Year bagi musim 2016/2017 dalam formasi 4-4-2:
- David De Gea – Manchester United (penjaga gol)
- Kyle Walker – Tottenham Hotspur (pertahanan kanan)
- David Luiz – Chelsea (pertahanan tengah)
- Gary Cahill – Chelsea (pertahanan tengah)
- Danny Rose – Tottenham Hotspur (pertahanan kiri)
- Eden Hazard – Chelsea (sayap kiri)
- Dele Alli – Tottenham Hotspur (pemain tengah)
- N’Golo Kante – Chelsea (pemain tengah)
- Sadio Mane – Liverpool (sayap kanan)
- Harry Kane – Tottenham Hotspur (penyerang)
- Romelu Lukaku – Everton (penyerang)
#PFAawards | The PFA Premier League Team of the Year sponsored by @OfficialPanini pic.twitter.com/eQfXZ6h5Ll
— Professional Footballers’ Association (@PFA) April 20, 2017
Adakah anda berpuas hati dengan kesebelasan ini? Nyatakan di ruangan komen!
Baca juga: Petisyen Online Dilancarkan Bagi Ajak Semua Kelab Premier League Haramkan Akhbar The Sun