Tunggakan Hampir Setengah Juta, Menteri Besar Perlis Suruh PFA Selesaikannya Sendiri

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man kecewa dengan dakwaan Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wan Saiful Wan Jan berhubung hutang PFA.

Wan Saiful yang menuduh Menteri Besar Perlis, tutup mata untuk beban hutang sekitar RM460,000 dihadapi mereka ketika ini.

Hutan itu adalah gaji tertunggak melibatkan 37 pemain dan juga jurulatih-jurulatih pasukan Perlis.

Menteri Besar Perlis meminta PFA menyelesaikan sendiri masalah itu. Ini kerana Kerajaan Negeri Perlis ada banyak lagi isu lain yang lebih penting.

Dipetik dari sumber Mstar Online, Datuk Seri Azlan Man berkata:

“Dakwaan Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wan Saiful Wan Jan baru-baru ini bahawa kerajaan negeri menutup mata soal tunggakan gaji pemain yang lama tertangguh bukan isu (penting).”

“Ini kerana selama ini pun kita hanya membantu sekadar mampu seperti menyediakan stadium untuk latihan.”

Menteri Besar Perlis turut mendedahkan masalah hutang PFA ini bukan sahaja melibatkan gaji tetapi melibatkan banyak masalah lain.

“Masalah PFA ini bukan hanya gaji semata-mata tetapi tanggungan lain seperti hutang lama yang belum diselesaikan.”

Beliau juga mendedahkan yang Kerajaan Negeri Perlis sudah membelanjakan RM1.3 juta untuk membantu PFA.

Ianya satu angka yang agak besar. Jadi, PFA haruslah memainkan peranan lebih pro-aktif dalam mencari dana tambahan Azlan berkata lagi:

“PFA boleh membawa masalah mereka kepada Majlis Sukan Negara atau Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.”

Kami berpandangan, PFA haruslah lebih bijak berbelanja berdasarkan kantung mereka sendiri.

PFA juga perlu mencari inisiatif memerkasakan semula jenama pasukan Perlis untuk menari perhatian penaja dan pelabur.

Diharap masalah ini akan dapat diselesaikan segera kerana para pemain dan jurulatih berhak mendapatkan hak mereka.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN