Syarikat Petroleum Cyprus Buat Pengiklanan Dengan Taja Paparan Garisan Ofsaid Di TV

Kaedah pemasaran dalam bola sepak, seperti sukan-sukan lain, sentiasa berevolusi dan semakin kreatif.

Bermula dengan pasukan bola sepak Inggeris, Kettering Town yang memaparkan nama penaja ‘Kettering T’ (merujuk nama penaja mereka, Kettering Tyres Ltd) di jersi mereka pada Januari 1976, logo dan nama penaja kini sudah menjadi sebahagian daripada aspek visual bola sepak.

Bagaimana pula jika penaja mula menaja garisan ofsaid di TV?

Pelik tapi benar

Paparan iklan Petrolina di garisan ofsaid siaran langsung perlawanan di Cyprus.

Inilah yang berlaku di Cyprus pada Sabtu lepas.

Dalam siaran langsung perlawanan liga Cyprus antara Omonia Nicosia dengan AEL Limassol, logo syarikat petroleum Cyprus, Petrolina kelihatan terpampang di garisan ofsaid kaca televisyen!

Dalam perlawanan tersebut, AEL Limassol tewas 0-1 kepada tuan rumah, Omonia Nicosia hasil jaringan Leon Gonzales.

Jika anda mengikuti aksi Blackburn Rovers ketika mereka bermain di Premier League pada satu ketika dahulu, anda pasti mengenali penyerang, Matt Derbyshire. Untuk pengetahuan anda, beliau kini bermain di Omonia Nicosia dan turut beraksi dalam perlawanan ini.

Apa pendapat anda terhadap cara pengiklanan sebegini? Wajar atau tidak wajar? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN