Bekas penjaga gol Arsenal David Seaman berpendapat yang Petr Cech memang selayaknya menjadi penjaga gol no.1 di Arsenal.
Cech menerima banyak kritikan terutama sekali ketika beliau kelihatan bergelut untuk mengawal bola dalam sistem yang berasaskan binaan serangan daripada penjaga gol.
Ramai penyokong Arsenal meminta agar Bernd Leno dijadikan penjaga gol no.1 mereka.
Namun dalam perlawanan menentang Everton minggu lalu, Petr Cech melakukan banyak aksi menyelamat dan mencipta clean sheet. Arsenal menang 2-0.
Arsenal menandatangani ‘ball playing keeper’, Bernd Leno sebelum ini. Beliau dianggap sebagai calon utama untuk menggalas tugasan penjaga gol.
Namun buat masa ini, Unai Emery masih lagi kekal dengan pilihan utama beliau Petr Cech.
Leno sebelum ini menyatakan rasa kecewa beliau kerana duduk di bangku simpanan. Namun terpaksa akur dengan pilihan jurulatih.
Bercakap kepada wartawan pada malam gala FIFA Best lalu, David Seaman berkata:
“Petr Cech sememangnya layak bermain dalam pasukan utama. Beliau melakukan 4, 5 ‘saves’ dalam satu perlawanan.”
“Cuma isu sekarang adalah, dia perlu bermain lebih banyak dengan kakinya. Ini kerana ianya adalah cara Arsenal mahu bermain. Namun buat masa ini ianya masih sukar.”
“Arsebal cuba bermain terus ke bahagian sayap tetapi ianya juga tidak berapa menjadi.”
“Cech ada kaki kiri yang sangat bagus tetapi kaki kanannya tidak cukup bagus. Jadi, cuba hantar bola ke kaki kirinya.”
“Masa saya bermain dahulu ianya berbeza. Namun saya sangat benic bola yang menuju kaki kiri. Saya sentiasa mahukan bola menuju kaki kanan saya.”
“Jadi, pertahanan kena tahu akan perkara ini, penjaga gol mereka selesa dengan bola di sebelah mana.”
“Petr Cech membantu Arsenal keluar daripada masalah dalam setiap perlawanan setakat ini dengan 4 atau aksi menyelamat.”