Tony Fernandes Dipilih Sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia

SNBJ

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes dipilih sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang baharu berkuat kuasa pada hari ini.

Pemilihan itu dibuat berdasarkan pencapaian dan pengalamannya dalam tokoh korporat disamping minatnya dalam bidang sukan terutamanya sukan bola sepak.

“Pembabitan serta kejayaan beliau dalam bidang komersial, termasuk industri penerbangan (AirAsia), hiburan (Warner Music), perhotelan (Tune Hotels), penyiaran (The Apprentice Asia) adalah sebahagian daripada pencapaian beliau yang amat membanggakan hingga ke hari ini, menjadikan beliau sebagai calon terbaik untuk memegang jawatan ini.

“Bakat keusahawanan, kreativiti dan kepimpinan beliau ternyata cukup terserlah dan ini dapat dilihat melalui anugerah yang diraih beliau termasuklah “CEO of The Year Award” dan “Entrepreneur of the Year Award”,” menurut kenyataan Pejabat Menteri Belia dan Sukan, hari ini.

Tony bertanggungjawab melakukan penambahbaikan struktur dan operasi PSM serta memulihkan keadaan kewangan semasa PSM yang kini mengalami kerugian sebanyak RM11 juta.

“Pelantikan beliau diharap dapat memajukan serta merancakkan lagi aktiviti belia, sukan, rekreasi dan hiburan yang membabitkan pelbagai aset di bawah PSM secara meluas, bukan saja dari segi penjanaan pulangan ekonomi yang baik kepada negara, malah dapat merealisasikan hasrat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membentuk budaya aktif dan sihat dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya belia,” menurut kenyataan itu lagi.

Nama Tony dalam bidang sukan juga bukan asing apabila beliau menjadi individu yang memiliki sebahagian daripada kelab yang pernah beraksi dalam Liga Perdana Inggeris iaitu Queens Park Rangers (QPR) selain pengasas pasukan Formula 1, Caterham F1 Team.

(Photo by Clive Rose/Getty Images)

“Beliau amat mahir mengenai selok-belok pembangunan dan promosi sukan bertaraf antarabangsa. Penajaan AirAsia dalam aktiviti sukan tanah air seperti Akademi Badminton AirAsia serta pertandingan e-sports juga bukti beliau mempunyai minat mendalam untuk menaikkan mutu sukan negara.”

Bulan lalu, 11 ahli lembaga pengarah lantikan politik di bawah KBS ditamatkan perkhidmatan termasuk pengerusi PSM sebelum ini, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN