Petisyen Online Dilancarkan Bagi Ajak Semua Kelab Premier League Haramkan Akhbar The Sun

Sebuah petisyen atas talian telah diadakan bagi memaksa seluruh kelab di Premier League mengharamkan akhbar The Sun.

Hal ini berlaku selepas desakan diberikan kepada seluruh kelab Premier League selepas berlaku isu melibatkan akhbar tersebut dengan kelab Everton.

The Sun vs Mersyeside

Akhbar The Sun kini merupakan antara akhbar yang merupakan paling dibenci oleh rakyat yang tinggal di Mersyeside.

Hal ini kerana, The Sun telah dibenci oleh penyokong Liverpool sejak sekian lama kerana menafikan kebenaran yang berlaku dalam tragedi Hillborough satu masa dahulu.

Hasilnya, pihak The Sun diharamkan dari memasuki premis Liverpool termasuk Anfield dan padang latihan di Melwood.

Kini The Sun juga tidak disenangi oleh penyokong Everton.

Hal ini kerana berlaku selepas bekas penulis The Sun iaitu Kelvin MacKenzie telah menghina Ross Barkley dalam satu artikel.

Dalam artikel tersebut, Barkley telah dituduh sebagai “gorila” kerana beliau mempunyai pertalian darah dengan datuknya yang berasal dari Nigeria.

MacKenzie juga menuduh warga Mersyeside sebagai tauke dadah.

Tuduhan tersebut telah membangkitkan kemarahan peminat Everton, lalu kelab Everton sendiri telah mengharamkan akhbar tersebut dari mendekati premis Everton.

Di pihak The Sun, mereka telah memecat MacKenzie dan juga menarik balik artikel itu.

Apa yang menarik adalah insiden ini berlaku beberapa hari sebelum sambutan 27 tahun tragedi Hillsbrough!

Petisyen atas talian

Oleh itu, petisyen atas talian dihasilkan untuk mengajak seluruh kelab Premier League mengharamkan akhbar tersebut.

Sehingga kini, sebanyak lebih 7 ribu tandatangan berjaya dikumpul setakat artikel ini ditulis.

Anda boleh turut serta tandatangan di sini.

Petisyen ini dihasilkan oleh pihak footblog.net yang memohon pihak Premier League mengharamkan akhbar The Sun dari memasuki premis 20 kelab Premier League.

“Kami memohon agar pihak Premier League mengharamkan akhbar The Sun milik News UK dari memasuki mana-mana premis kelab di Premier League.”

Baca juga: FELDA United Dijangka Tamatkan Khidmat Para Pemain Import Mereka

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN