Perlawanan Indonesia vs Argentina Tak Jadi Kerana Permintaan Pemain Argentina

Peminat bola sepak di Indonesia terutama sekali yang meminati Lionel Messi pastinya kecewa dengan pertukaran jadual lawatan antarabangsa Argentina.

Sebelum ini Timnas Indonesia sudah diwar-warkan akan menerima kunjungan Argentina dalam perlawanan persahabatan antarabangsa.

Ia sebahagian daripada program jelajah Australia oleh Argentina pada Jun ini. Dalam perjalanan pulang ke Argentina, mereka akan bermain perlawanan persahabatan di Asia Tenggara.

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) sebelum ini sudah mengumumkan tarikh perlawanan persahabatan di antara Indonesia dan Argentina pada 13 Jun ini.

Ia dianggap pelengkap kepada ‘kelahiran semula’ bola sepak Indonesia yang sebelum ini digantung oleh FIFA. PSSI juga antara badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan acara gilang gemilang ini.

Menurut Tribunews, yang kurang enak untuk didengar peminat di Indonesia apabila Argentina membatalkan perlawanan persahabatan dengan Indonesia.

Ini kerana mereka sangat teruja dengan berita itu sebelum ini dan ada yang sudah merancang mengosongkan jadual mereka untuk melihat jagoan bola sepak dunia beraksi.

Berdasarkan beberapa laporan dari portal sukan dari Indonesia, ia kerana Messi dan rakan-rakan beliau lebih memilih untuk beraksi menentang Singapura pada tarikh 13 Jun tersebut.

Salah satu sebab Argentina berminat untuk menentang Singapura adalah kerana mereka mahu menunjukkan sokongan kesukanan kepada ulangtahun ke 125 FAS – Singapura.

FAS telah berhempas pulas untuk membawa perlawanan persahabatan epik itu ke negara kota Singa.

Argentina akan membawa pasukan utama mereka dalam jelajah ini kecuali ada masalah kecederaan dan masalah yang tidak dapat dielakkan.

Jurulatih V. Sundramooorthy sudah tidak sabar untuk melihat anak-anak buah beliau bermain berkongsi padang dengan Lionel Messi, Aguero, Dybala dan Lavezzi.

Sundramoorthy juga sangat berterima kasih kepada usaha keras yang dilakukan oleh FAS.

Kami di semuanyaBOLA berkongsi kesedihan dengan peminat di Indonesia jika benar Argentina menukar perancangan mereka.

Pada masa yang sama kami mahu ucapkan selamat ulangtahun ke-125 FAS (Singapura).

Baca juga: VIDEO: Calon Gol Terbaik Mingguan Piala AFC, Jaringan Nazmi Faiz Turut Tersenarai!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN