Peter Odemwingie Umum Persaraan Daripada Kancah Bola Sepak Profesional

Peter Odemwingie

Penyerang Nigeria yang pernah beraksi bersama Stoke City, Peter Odemwingie telah mengumumkan persaraan sebagai pemain profesional.

Beliau mengumumkan persaraan itu semasa menghadiri satu persidangan berkaitan bola sepak di stadium Wembley.

Popular

Biarpun dilahirkan di Tashkent ketika Kesatuan Soviet masih wujud, Odemwingie mengambil keputusan untuk bermain untuk Nigeria.

Beliau layak mewakili Nigeria disebabkan faktor bapanya berasal dari negara Afrika tersebut.

Odemwingie pernah bermain di beberapa buah kelab di serata Eropah. Antaranya Lille (Perancis) dan Lokomotiv Moscow (Rusia).

Ternama di England

ROTHERHAM, ENGLAND – DECEMBER 29: Peter Odemwingie of Rotherham United during the Sky Bet Championship match between Rotherham United and Burton Albion at The New York Stadium on December 29, 2016 in Rotherham, England. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Ketika di England, Odemwingie pernah bermain di beberapa buah kelab. Antara kelab yang pernah mendapatkan khidmatnya ialah West Bromwich Albion, Cardiff City dan Stoke City.

Beliau berkelana ke England mulai musim 2010/11 dengan menjadikan West Bromwich Albion selaku kelab pertamanya.

Daripada 129 penampilan di Liga Perdana Inggeris, beliau telah mencetak 36 gol.

Jangan terkejut bahawa sebenarnya bukan kelab itu sahaja yang menyaksikan Odemwingie pernah bersama. Pada 2016, beliau pernah beraksi untuk Bristol City secara pinjaman.

Tamat musim 2016/17, beliau memilih untuk menyertai Rotherham United. Rotherham merupakan kelab Inggeris terakhir yang diwakilinya sebelum berhijrah ke Indonesia.

Di Indonesia, Madura United menjadi kelab profesional terakhirnya.

Karier antarabangsa

Beliau pernah dipanggil Nigeria lebih 60 kali. 11 gol dijaringkan Odemwingie termasuk satu semasa Piala Dunia 2014 di Brazil.

Pemain ini agak dikenali ramai kerana hebat menjaringkan gol sewaktu era keemasannya di Liga Perdana Inggeris. Apa pun selamat bersara!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN