Ronaldo Akui Zinedine Zidane Pengurus Paling Sesuai Buat Real Madrid

Zidane

Bekas bintang Real Madrid, Cristiano  Ronaldo menegaskan bahawa Zinedine Zidane merupakan pengurus yang sesuai buat skuad Los Blancos itu.

Kombinasi antara Ronaldo dan Zidane selama tiga tahun telah terbukti berjaya menghadiahkan sembilan trofi kejuaraan buat Los Blancos termasuk memenangi gelaran Liga Juara -Juara Eropah tiga kali berturut-turut.

Sudah tentu, Ronaldo amat mengenali ‘karakter’ Zidane. Beliau memberi pujian keatas bekas pengurusnya itu dengan menyifatkan Zidane adalah individu yang paling sesuai untuk membimbing Real Madrid.

CARDIFF, WALES – JUNE 02: Cristiano Ronaldo of Real Madrid shoots as Zinedine Zidane, Manager of Real Madrid looks on during a Real Madrid training session prior to the UEFA Champions League Final between Juventus and Real Madrid at the National Stadium of Wales on June 2, 2017 in Cardiff, Wales. (Photo by David Ramos/Getty Images)

“Saya fikir Zidane tahu bagaimana cara untuk menguruskan pasukan dengan gaya yang bijak,” kata Ronaldo.

“Itu bukan situasi yang mudah sebab semua pemain ingin banyak bermain, tetapi Zidane tahu bagaimana caranya bekerja dengan bijak dan dia berhasil melibatkan seluruh pasukan.”

Jika mengimbas kembali sejarah bola sepak kelab itu khususnya sejak era Galacticos, ramai pengurus telah dipecat selepas mengalami masalah dengan pemain sendiri.

Kebanyakkan pemain Real Madrid adalah pemain bintang yang dikutip diseluruh dunia. Jadi, mereka inginkan hak minit bermain yang banyak bersama kelab.

Jadi, apabila seseorang dilantik menguruskan Real Madrid, pengurus itu haruslah bijak mengendalikan pasukan dan mengatur pemain dengan adil.

Ramos senada

Bekas rakan sepasukan, Sergio Ramos turut senada dengan kenyataan bintang Juventus itu.

Kenyataan yang dimaksudkan Ramos adalah berhubung dengan dakwaan Ronaldo yang dikatakan Zidane adalah individu paling sesuai untuk Real Madrid.

MILAN, ITALY – MAY 28: Real Madrid head coach Zinedine Zidane shows the trophy after winning the UEFA Champions League Final match between Real Madrid and Club Atletico de Madrid at Stadio Giuseppe Meazza on May 28, 2016 in Milan, Italy. (Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

“Karier Zidane (Real Madrid) sudah menjelaskan semuanya, baik ketika dia melakukannya sebagai pemain mahupun sebagai pengurus.”

“Dia menemukan cara untuk menyumbangkan bakat yang dia miliki sebagai pemain untuk peranannya sebagai pengurus dan menguruskan ruang ganti.”

“Dia melakukan pekerjaan hebat dan unik, dan hasil-hasil positif ini bukanlah kebetulan,” kata Ramos.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN