Pestabola Merdeka: Malaysia Terlepas Peluang Raih Kejuaraan Di Tangan Tajikistan

Hasrat Malaysia untuk meraih kejuaraan Pestabola Merdeka musim 2023 tidak kesampaian, selepas pasukan tersebut mencatat kekalahan tipis 0-2 di tangan Tajikistan.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu, skuad kendalian Kim Pan-gon tampil dengan serba tidak menjadi terutama sekali di posisi serangan untuk mengatasi pasukan lawan.

Awal perlawanan menyaksikan Malaysia terlebih dahulu memulakan asakan ke atas pasukan lawan menerusi beberapa gerakan dicipta dari arah kiri dan kanan untuk cuba mendapatkan jaringan awal.

Lima minit awal permainan jelas, Malaysia lebih menguasainya dengan lawan kini lebih banyak bertahan dan mampu mengawal bola di kawasan sendiri sahaja.

Malaysia tampil dengan lebih tersusun untuk mencipta siri serangan ke arah kubu lawan selepas 10 minit perlawanan berlangsung, namun masih tiada sebarang percubaan tepat dapat dilakukan bagi menguji Baratov Daler selaku penjaga gol Tajikistan.

Malaysia mendapat peluang sepakan percuma di luar kotak penalti selepas ada kekasaran yang dilakukan oleh pemain lawan, namun percubaan diambil oleh Safawi Rasid berjaya disambut kemas penjaga gol lawan.

Beberapa kali skuad kebangsaan sebenarnya mempunyai peluang terbuka untuk membuka jaringan sulung pada perlawanan ini, namun masalah ketumpulan di bahagian serangan membataskan segalanya.

Malaysia akhirnya dibolosi juga menerusi siri serangan balas pantas yang dilancarkan oleh Tajikistan pada minit ke-44 menerusi penyerang utama mereka iaitu Soirov Rustam untuk menggamamkan seketika penyokong di SNBJ.

Bersambung di separuh masa kedua, Akhyar Rashid telah dibawa masuk untuk memperkukuhkan lagi aspek serangan dan kreativiti buat pasukan kebangsaan.

Kesilapan mudah dibuat pertahanan negara sekali lagi hampir mengundang padah, sebelum percubaan pasukan lawan melambung tinggi pada minit ke-50.

Akhyar hampir mendapatkan gol penyamaan kembali buat oasukan negara pada minit ke-54, sebelum percubaanya ditepis keluar penjaga gol lawan.

Pada minit ke-59, skuad kebangsaan terus melancarkan serangan bertali arus dalam usaha untuk menyamakan kembali kedudukan dengan beberapa percubaan berbahaya berjaya terhasil.

Memasuki minit ke-80, Malaysia masih lagi buntu untuk cuba mendapatkan gol penyamaan, dengan disiplin ditampilkan pasukan lawan sangat baik dalam situasi bertahan.

Tajikistan terus menambah derita Malaysia, dengan kali ini Samiev Shahrom menghukum kealpaan pertahanan negara pada minit ke-88.

Keputusan perlawanan kekal dengan kemenangan berpihak kepada Tajikistan untuk memadam impian Malaysia bergelar juara di gelanggang sendiri menerusi keputusan penuh 0-2.

Kesebelasan utama

Malaysia: Ahmad Syihan Hazmi (Penjaga gol), Matthew Thomas Davies, Dominic Tan Jun Jin, Mohamad Faisal Bin Abdul Halim, Darren Yee Deng Lok, Muhammad Safawi Bin Rasid, Arif Aiman Bin Mohd Hanapi, Endrick Dos Santos Parafita, Brendan Seng Ling Gan, DionJohan Chai Cools (Kapten), Corbin Ong La Vere Lawrence

Tajikistan: Barotov Daler, Dzhuraboev Zoir, Safarov Manuchehr, Hanonov Vahdat, Umarbaev Parvizdzhon (Kapten), Juraboev Amirbek, Soirov Rustam, Rahimov Muhammadjon, Khailoev Ruslan, Nazarov Kholmurod, Shukurov Alisher

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN