3 Bintang Tumpuan Harimau Malaya Untuk Aksi Berdepan Tajikistan

Skuad Harimau Malaya bakal berdepan cabaran Tajikistan pada malam ini bagi aksi terakhir Pestabola Merdeka 2023, selepas mereka berjaya mengetepikan cabaran India beberapa hari lalu.

Terdahulu, skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya mencipta kemenangan bergaya 4-2 untuk mengatasi India untuk mengesahkan tempat ke final.

Sementara Tajikistan pula, pasukan itu terus mara ke final selepas Palestin menarik diri daripada kejohanan tersebut kerana pergolakan yang berlaku kini di negara berkenaan.

Atas kertas, Tajikistan memiliki peluang untuk mencipta kejayaan tersebut kerana kedudukan ranking mereka lebih baik berbanding pasukan kebangsaan.

Tambahan pula, pasukan tersebut turut mencipta kemenangan pada pertemuan kali terakhir menentang Malaysia tahun lalu bagi saingan King’s Cup di Thailand.

Untuk aksi malam ini, tiga pemain Harimau Malaya dijangka bakal mencuri tumpuan dalam misi untuk membantu Malaysia meraih kejuaraan Pestabola Merdeka di SNBJ.

Faisal Halim

Faisal menjadi antara tonggak paling menyerlah pada aksi lalu ketika berdepan India menerusi satu gol serta satu bantuan jaringan terhasil menerusi pemain tersebut sahaja.

Selain klinikal di hadapan gol, Faisal menjadi antara pemain yang banyak mencetuskan siri serangan berbahaya buat Harimau Malaya khususnya menerusi larian deras beliau untuk mengatasi pertahanan lawan.

Tiada sebab mengapa Kim akan merehatkan pemain tersebut pada malam ini dengan sandaran utama serangan pastinya terarah kepada pemain Selangor tersebut.

Arif Aiman Hanapi

Pada usia masih muda, aksi ditampilkan Arif sangat matang di pentas antarabangsa untuk membentuk kombinasi terbaik bersama rakan sepasukan lain dalam kem Harimau Malaya.

Satu gol dihasilkan beliau pada aksi lalu seolah memberi isyarat Arif pastinya kini terus bernafsu untuk memastikan gawang gol lawan dapat dirobek beliau sekali gus memberi kenangan manis buat pemain ini dalam saingan Pestabola Merdeka.

Kelebihan Arif daripada segi gelecekan serta kepantasan beliau untuk mengatasi pertahanan pasti akan menjadi pertaruhan utama Kim dalam misi Malaysia untuk bergelar juara.

Corbin Ong

Baik daripada segi pertahanan atau serangan, Corbin berjaya mengimbanginga dengan begitu baik ketika aksi lalu berdepan India sepanjang perlawanan berlangsung.

Walaupun ada beberapa kesilapan dibuat pemain ini, secara keseluruhan sumbangan Corbin cukup besar dalam memastikan Harimau Malaya tidak dibolosi serta memberi bantuan buat rakan di posisi serangan.

Kelebihan Corbin dalam membuat hantaran lintang tepat di dalam petak penalti menjadi aset terbaik buat Malaysia untuk mendapatkan lebih banyak peluang mencipta jaringan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN