Pestabola Merdeka: FAM Tagih 80,000 Penyokong Untuk Penuhi SNBJ

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengalu-alukan kehadiran para penyokong skuad kebangsaan untuk memberi sokongan padu mereka pada saingan Pestabola Merdeka yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Saingan tersebut kini bakal berlangsung kembali di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dan gemaan suara para penyokong setia Harimau Malaya kini ditagih untuk memberi galakan positif buat para pemain kebangsaan.

Setiausaha Agung (FAM) iaitu Noor Azman Rahman meluahkan hasrat itu dengan mahu melihat SNBJ dipenuhi oleh para penyokong di seluruh negara untuk memberi sorakan positif buat Harimau Malaya.

Malah, beliau turut menjelaskan FAM turut bakal mengadakan beberapa program menarik sepanjang kejohanan tersebut berlangsung khas buat para penyokong.

“Kita sudah merancang pelbagai-bagai program dan kita mengharapkan pada perlawanan pertama Malaysia pada 13 September jam 9 malam. Kita harapkan kehadiran penuh seramai 80,000 akan hadir.

“Begitu juga pada 17 haribulan kita harap kehadiran penuh di SNBJ itu, dan sebab itu berbagai program diadakan untuk memeriahkan Pestabola Merdeka,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

SNBJ sebelum itu diakui sebagai kubu kuat buat Harimau Malaya dalam menghadapi pelbagai kejohanan peringkat antarabangsa bersama pelbagai negara lain.

Malah, stadium itu juga menjadi saksi buat pertama kalinya Malaysia berjaya melayakkan diri secara merit pada tahun lalu untuk melangkah ke temasya Piala Asia yang bakal berlangsung pada bulan hadapan.

Bagi saingan Pestabola Merdeka ini, ianya bakal disertai oleh tiga negara lagi iaitu Lubnan, Palestin, serta India dalam misi untuk merebut trofi kejuaraan tersebut.

Ini akan menjadi suati pentas terbaik buat skuad kebangsaan untuk menguji kekuatan semasa mereka sebelum menghadapi aksi Piala Asia.

Dijangka pengendali negara iaitu Kim Pan-gon bakal menggunakan saingan ini untuk menguji ramai para pemain yang bersesuaian sebelum senarai akhir dibuat beliau untuk mengesahkan siapa layak menyarung jersi skuad kebangsaan.

FAM sebelum itu turut menawarkan pakej tiket istimewa yang dikhaskan buat para penyokong sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Jelas Azman, mereka bakal laksanakan tiket kombo yang boleh digunakan untuk dua perlawanan dalam satu hari pada 13 serta 17 Oktober ini.

Harga tiket yang diperkenalkan untuk setiap hari perlawanan ialah RM40 bagi kategori dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun bagi kategori terbuka, RM60 bagi kategori grandstand dan RM80 bagi kategori premium.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN