Saingan Pestabola Merdeka akhirnya bakal membuka tirai pada hari ini dengan membabitkan satu perlawanan sahaja antara Malaysia dan India di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Malaysia yang berada bawah kendalian Kim Pan-gon ketika ini hadir dengan misi tersendiri selaku tuan rumah untuk menghadiahkan kejuaraan tersebut kepada para penyokong setia Harimau Malaya.
Hari Perlawanan | Jumaat, 13 Oktober 2023
Pestabola Merdeka 2023
⚽ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇮🇳 INDIA
🕘 9:00 malam ini
🏟 Stadium Nasional, Bukit Jalil
📺 Siaran langsung di Arena Bola 803 @ASTROARENA🎫 Beli tiket di https://t.co/zWckGcbsoq#FAM #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2023 pic.twitter.com/CWWlW9Gy1V
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 13, 2023
Walaupun begitu, cabaran India juga tidak boleh dipandang ringan kerana mereka tampil dengan kekuatan yang serba lengkap untuk memberi tentangan sengit buat pasukan negara.
Tambahan pula, India kini masih belum merekodkan sebarang kekalahan sejak awal tahun 2023 dan berada di kedudukan ranking lebih tinggi berbanding skuad kebangsaan.
Pastinya ini memberi suatu cabaran terbaik buat Kim untuk melihat sejauh mana kemampuan skuad kebangsaan, sebelum mereka melangkah ke pentas Piala Asia.
Menerusi senarai panggilan kali ini, beberapa pemain Malaysia dilihat berada dalam momentum cukup bagus dan bakal menjadi tumpuan penting untuk perlawanan berdepan India.
Arif Aiman Hanapi
Pemain muda ini terus mendapat tumpuan Kim kali ini untuk disenaraikan bagi siri saingan Pestabola Merdeka 2023 selepas memberi impak positif bersama skuad kebangsaan sejak beberapa perlawanan lalu.
GOOLLL!!!
Arif Aiman Hanapi 89'⚽️ MALAYSIA 🇲🇾 10-0 🇵🇬 PAPUA NEW GUINEA#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/6J9b6yzh2M
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 20, 2023
Prestasi semasa Arif kini boleh dianggap berada keadaan cukup menyakinkan selepas dua jaringan beliau di pentas AFC Champions League (ACL) bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan dirinya antata pemain paling bernilai dimiliki Malaysia.
Kualiti dimiliki Arif daripada segi gelecekan serta ketajaman di hadapan gol menjadi aset terbaik buat barisan serangan negara untuk menghadapi India malam ini.
Darren Lok
Tiada siapa ketika ini boleh mempertikaikan kualiti serangan dimiliki oleh Darren untuk melayakkan diri beliau berada di jentera hadapan Harimau Malaya ketika ini.
GOOLLL!!!
Darren Lok 85'⚽️ MALAYSIA 🇲🇾 2-2 🇸🇾 SYRIA#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/BdsukkVsGo
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 6, 2023
Momentum semasa Darren yang sudah pun meledak empat jaringan daripada dua perlawanan di saingan AFC bersama Sabah menjadikan dirinya kini sangat ditagih untuk merobek gawang gol lawan.
Kehadiran Darren bersama skuad kebangsaan jarang mengecewakan, kerana pemain ini terkenal dengan corak permainannya yang bijak menekan pertahanan lawan selain klinikal di hadapan gawang gol.
Faisal Halim
Magis Faisal bersama skuad kebangsaan sering menjadi bualan ramai para peminat bola sepak tempatan sejak beliau terus mendapat kepercayaan penuh Kim di pentas antarabangsa.
Faisal boleh dianggap sebagai aset utama Harimau Malaya sejak berada bawah kendalian Kim menerusi kreativiti beliau di posisi serangan serta bijak menyudahkan setiap peluang terhidang.
GOOLLL!!!
Faisal Halim 11'⚽️ CHINA 🇨🇳 0-1 🇲🇾 MALAYSIA#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/9hHlBWw6wH
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 9, 2023
Malah, pemain ini juga masih segar dengan kejayaan beliau meledak satu jaringan ketika mereka terikat seri bertemu China pada bulan lalu di Chengdu.