PES 2016 Boleh Membuatkan Populariti FIFA 16 Jatuh

Pada 13 Ogos yang lepas, pengguna console PS3, PS4, Xbox One dan Xbox 360 telah diberikan akses oleh Konami untuk memuat turun PES 2016 versi beta (percubaan) secara percuma.

Ini adalah bersempena ulang tahun ke-20 francais permainan Pro Evolution Soccer (PES) yang membuat kemunculan pertama pada 1995.

en_postimage

Dengan tema Love The Past, Play The Future, adalah penting bagi Konami untuk memperbaiki kegagalan PES 2014 dan mutu sederhana PES 2015.

Setelah meneliti gameplay versi beta dan merasai sendiri pengalaman bermain, berikut adalah komen kami terhadap PES 2016:

Gameplay

yyy menu match

Dari segi gameplay, secara keseluruhannya kami sangat berpuas hati.

Antara pembaikan yang paling ketara dalam PES 2016 adalah aspek kawalan pemain. Setiap gelecekan yang dilakukan semasa menarik trigger R2 adalah cukup kemas dan sangat responsif.

pes2016-gameplan

Untuk menjadikan PES 2016 lebih realistik, Konami turut memperkenalkan sistem perlanggaran pemain dan terjahan baru (new collision and tackling system). Ini bermakna, 2 pemain yang merebut bola di udara atau terlibat dalam bentesan akan mempunyai kesudahan yang berbeza-beza.

Sebagai contoh, dalam edisi PES 2015, jika pemain A menerjah pemain B dari belakang, pemain B pasti akan jatuh dan kad merah bakal dikeluarkan oleh pengadil secara automatik.

Tetapi dalam PES 2016, jika pemain A menerjah pemain B dari belakang, pemain B boleh jatuh ATAU meneruskan larian – BERGANTUNG kepada skill, saiz tubuh dan kelajuan larian pemain B.

Cuaca perlawanan

PES 2016 turut membawa faktor cuaca untuk mempengaruhi keadaan padang; sekaligus mempengaruhi prestasi pemain dan pasukan.

Contohnya, sliding tackle dalam cuaca hujan akan bergerak lebih jauh dan laju berbanding ketika bermain dalam cuaca yang baik .

PES2016_weather_02

Pilihan cara meraikan jaringan

Pemain PES 2016 juga boleh memilih cara untuk meraikan gol setiap kali selepas menjaringkannya.

rqZtthO

Antara cara yang paling menarik adalah meraikan jaringan anda dengan melakukan selfie seperti mana yang kerap dilakukan oleh Francesso Totti.

pes2016totti

Pengulas perlawanan

Cuma sedikit mengecewakan apabila PES 2016 tidak melakukan sebarang pelaburan untuk mencari pengulas baru. PES 2016 masih lagi Peter Drury dan Jim Beglin sebagai pengulas bahasa Inggeris.

Grafik

Francais PES sentiasa sinonim dengan kualiti grafik yang cemerlang. Seperti edisi-edisi PES sebelum ini, PES 2016 masih juara dalam kualiti grafik permainan bola sepak.

Dengan menggunakan FOX Engine untuk menghidupkan animasi pemain, penonton dan persekitaran, Konami nyata mahu menjadikan PES 2016 serealistik dunia sebenar.

Bagaimanapun, setelah mencuba sendiri versi beta PES 2016, kami merasakan kempen pemasaran Konami sebenarnya hanya indah khabar dari rupa.

Hal ini kerana, grafik Neymar dalam versi beta PES 2016 ini tidak menyerupai imej di bawah yang muncul dalam kempen pemasaran mereka.

Tetapi kami memuji aspek ketelitian grafik model pemain-pemain di PES 2016. Ekspresi wajah beberapa pemain utama dunia juga kelihatan lebih hidup dan realistik.

2915534-pes

Pujian juga harus diberikan kepada penambahbaikan dan ketelitian grafik stadium dan penonton. Ianya masih sederhana tetapi jauh lebih baik daripada apa yang ditawarkan oleh permainan FIFA.

Jika anda melakukan rembatan, anda boleh melihat sedikit rumput berterbangan. Namun, perinciannya masih belum cukup tinggi berbanding dengan apa yang digembar-gemburkan Konami dalam video trailer PES 2016.

first-pes-2016-gameplay-video

Penambahbaikan Artificial Intelligence (AI)

PES-2016-E3-Trailer-Gameplay-Screenshot-Juventus-vs-AS-Roma

Satu perkara yang benar-benar membuatkan kami teruja mengenai PES 2016 adalah sistem AI yang lebih baik. Paling ketara adalah dari segi positioning setiap pemain semasa mereka tidak mempunyai bola (off the ball movement).

Jika dulu, pemain lebih statik dan hanya bergerak mengikut posisinya. Tetapi kini, pemain AI lebih pintar dan dinamik. Mereka lebih bijak bergerak tanpa bola, sekaligus memudahkan anda untuk membuat hantaran cantik ke hadapan.

Menurut Adam Bhatti, Pengurus Projek PES Eropah, pemain-pemain juga bakal bertindak balas mengikut situasi semasa di padang.

Contohnya, jika pasukan anda telah menjaringkan banyak gol tanpa balas, moral pemain pertahanan pihak lawan akan merudum hingga menyebabkan mereka bermain buruk. Namun pada pemerhatian kami, aspek ini tidaklah begitu jelas dirasakan.

Penambah baikan Patch System

04

Oleh kerana PES tidak mempunyai lesen untuk menggunakan nama dan logo kelab-kelab Eropah, mereka mempunyai cara mereka tersendiri untuk menyelesaikan masalah itu: dengan membenarkan peminat membuat patch untuk produk mereka.

Menurut Adam Bhatti, terdapat penambah baikan yang amat signifikan untuk mod edit bagi pengguna PS4. Ia meliputi kebolehan untuk memuatnaik gambar dan data yang boleh digunakan untuk mengubah jersi, logo dan gambar jurulatih pasukan.

Jadi, anda tak perlu risau lagi tentang melihat kelibat Alexis Sanchez mahupun Olivier Giroud beraksi dalam jersi merah hodoh untuk kelab “North London”.

Kesimpulan

Disebalik kemelut hutang Konami dan masalah mereka dengan Hideo Kojima, peminat PES boleh menarik nafas lega apabila Konami tetap mengeluarkan edisi 2016 mereka.

Dengan beberapa penambah baikan dari segi kelancaran kawalan serta grafik yang lebih baik , PES masih relevan dan mempunyai kelebihan tersendiri berbanding FIFA.

PES 2016 bakal dilancarkan secara tanggal 17 September 2015, iaitu 5 hari lebih awal dari FIFA 16.

Sudahkah anda mencuba PES 2016 versi Beta ini? Kepada yang belum, anda boleh memuat turun permainan ini melalui akaun Play Station Network anda.

pes-2016

demo

Jika anda sudah mencubanya, kongsikan pengalaman dan komen anda bersama kami di ruangan komen.

Baca juga: GAME REVIEW: FIFA 15 VS PES 2015

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN