Quantcast
17 Kata-kata Johan Cruyff Yang Mengubah Cara Anda Berfikir Tentang Bola Sepak
BERITA

17 Kata-kata Johan Cruyff Yang Mengubah Cara Anda Berfikir Tentang Bola Sepak

Tuesday, 18 Aug 2015

Bukan sahaja genius bermain, Johan Cruyff juga genius dalam seni pengurusan dan kejurulatihan bola sepak. Kalau tidak, nama beliau takkan diabadikan sebagai lagenda Ajax Amsterdam, Barcelona, Feyenoord (walaupun hanya semusim di sana).

Beliau juga mempunyai institut pendidikan bola sepak sendiri yang dinamakan Johan Cruyff Institute. Institut ini menawarkan sijil, diploma, ijazah dan masters dalam kursus pengurusan sukan. Ia mempunyai 5 cawangan kampus.

Berikut adalah 17 petikan kata-kata Johan Cruyff yang perlu anda fikirkan sebagai peminat bola sepak tegar:

1. Teknik bukanlah kebolehan menimbang bola 1000 kali. Semua orang boleh buat perkara sama jika mereka berlatih. Kemudian mereka boleh bekerja di sarkas. Teknik adalah kebolehan menghantar bola dengan satu sentuhan, pada kelajuan yang betul dan kepada kaki penerima yang betul.

2. Pemain yang menimbang bola di udara ketika perlawanan, selepas 4 pertahanan lawan berjaya menyusun organisasi pertahanan mereka, itulah yang orang cakap pemain hebat. Bagi saya pemain itu perlu pergi ke sarkas.

Feyenoord_tegen_Ajax_1-0._Nummer_26_Israel_in_duel_met_Cruyff

3. Pilih pemain terbaik untuk setiap posisi, anda akan dapat 11 pemain kuat. Bukan satu pasukan yang kuat.

4. Dalam pasukan saya, penjaga gol adalah penyerang yang pertama, dan penyerang adalah pertahanan yang pertama.

5. Kenapa anda kata susah untuk kalahkan kelab yang kaya? Saya tak pernah lihat duit menjaringkan gol.

6. Ketika lontaran ke dalam (throw-in), saya sentiasa mahu baling bola. Ini kerana jika saya dapat menerima bola itu kembali, saya tidak dikawal oleh sesiapa.

7. Pemain yang acah-acah menjadi kapten akan sentiasa menyalahkan orang lain selepas melakukan kesilapan. Kapten sebenar tahu semua orang melakukan kesilapan.

8. Apa itu kelajuan? Orang media selalu menyalah tafsir kelajuan. Kalau ada pemain yang memulakan larian dahulu sebelum pemain lain, adakah dia laju? Bagi saya, pemain itu bijak.

johan-cryuff-photo-by-rainer-mittelstadt-cc-by-sa-3-0-de

9. Bila anda bermain, statistik menunjukkan secara puratanya pemain hanya memegang bola selama 3 minit. Jadi perkara paling pentingnya adalah: apa yang anda buat sepanjang 87 minit anda tidak mempunyai bola. Itu yang membezakan pemain bagus dengan tidak bagus.

10. Saya tak alim langsung dalam agama. Di Sepanyol, semua 22 pemain membuat isyarat salib sebelum masuk ke padang. Jika amalan mereka betul-betul mujarab, semua perlawanan akan menjadi seri.

11. Asas untuk merampas bola adalah memastikan pasukan lawan menghantar bola ke pemain mereka yang paling lemah. Jika anda berjaya melakukannya, bola itu sendiri akan datang kepada pasukan anda.

12. Jika pasukan anda memegang penguasaan bola, anda mesti membuatkan padang menjadi sebesar yang mungkin. Jika pasukan anda tidak mempunyai bola, anda mestik membuatkan padang menjadi sekecil yang mungkin.

13. Dalam sukan golf profesional, setiap pemain golf ada jurulatih khas untuk teknik pukulan, hayunan dan postur badan. Dalam bola sepak, seorang jurulatih terpaksa melatih 15 pemain. Ini memang merepek.

article-2284367-1849987A000005DC-235_634x421

14. Mengelak pasukan kuat bukan matlamat saya. Idealnya, saya mahu berada dalam satu kumpulan dengan Brazil, Argentina dan Jerman. Bila layak, dua pesaing terdekat saya pun dah tersingkir. Itu cara saya berfikir. Idealistik.

15. Kualiti tanpa kejayaan adalah sia-sia. Kejayaan tanpa kualiti adalah membosankan.

16. Saya cukup tak suka bila jurulatih menggunakan statistik komputer untuk memilih bakat pemain muda. Jika perkara ini dilakukan semasa saya di Ajax, saya pasti akan dibuang. Kualiti saya adalah teknik dan visi di padang, sesuatu yang tak boleh diukur oleh komputer.

17. Bermain bola sepak itu mudah. Tetapi bermain bola sepak dengan cara mudah itulah perkara paling susah sekali.

Baca juga: “AJAX AMSTERDAM DAH MENGABAIKAN PRINSIP ASAS BOLA SEPAK” – JOHAN CRUYFF

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi



Berita Bola Yang Menarik