PES 2016: Boleh Beli Ke Boleh Blah?

Sebagai peminat tegar game bola sepak, pastinya anda tidak terlepas untuk menjenguk apa yang Konami bawa ke siri PES 2016 ini. Jom baca review mengenai PES 2016 oleh JomGaming.

Boleh Beli PES 2016 Sebab Ini:

1. Gameplay Yang Smooth

Selepas edisi 2015 yang agak mengecewakan, Konami telah berjanji untuk memberikan gameplay yang lebih baik.

Konami bukan sahaja memberikan gameplay yang lebih baik untuk PES 2016, malah tidak keterlaluan untuk katakan PES 2016 ini adalah GAME BOLA SEPAK TERBAIK PERNAH DIKELUARKAN!

Baca: PES 2016 Boleh Membuatkan Populariti FIFA 16 Jatuh

Kami dapat merasakan betapa ohsemnya game ini bermula daripada perlawanan pertama. Dribbling yang sangat smooth dan ringan, seolah-olah kita merasakan pemain betul-betul berada dalam kawalan.

Dengan animasi yang unik pada setiap pemain membuatkan setiap pemain dalam PES 2016 mempunyai identiti yang tersendiri.

pes 2016 malaysia 1

Berbeza dengan edisi sebelum ini, PES 2016 telah memperbaiki controlled shot atau lebih dikenali dengan finesse shot.

Secara peribadi, penambahbaikan finesse shot ini adalah penambahbaikan yang paling disukai kerana tidak lagi overpowered seperti sebelum ini yang “confirm goal” kalau digunakan.

Long shot juga telah diperbaiki dimana kita lebih seronok untuk melakukannya kerana sering dapat melepaskan sepakan jarak jauh dengan cukup padu!

2. Grafik Yang Ohsem

Seperti sudah menjadi tradisi, grafik PES sentiasa meninggalkan FIFA jauh ke belakang. Grafik PES 2016 sangat memukau.

Tekstur muka yang realistik dan teliti serta penambahbaikan grafik padang seperti kelihatan lopak-lopak air ketika hujan merupakan penambahan PES 2016 yang boleh buat kita terliur.

PES 2016 Malaysia 2

3. Nafas Baru Master League

Master League telah diberikan nafas baru pada edisi ini. Mode Master League yang pada suatu ketika dahulu pernah membuatkan kita tidak tidur malam, kini telah kembali ke zaman kegemilangannya.

Terdapat banyak feature baru yang telah ditambah seperti interface menu, pembelian pemain yang lebih realistik dan setiap keputusan yang anda lakukan pasti memberi impak kepada pasukan.

PES 2016 Malaysia 3

Secara jujurnya, feature-feature terbaru ini tidak mampu lagi untuk menyaingi career mode FIFA. Namun, penambahbaikan yang amat ketara berbanding edisi sebelum ini haruslah dipuji.

4. Import Image 

Dengan adanya kerjasama antara Konami dan Playstation untuk menyediakan feature ‘option file’. ia telah memberikan suntikan baru kepada PES 2016 terutamanya kepada pemilik PS4.

Option file membenarkan anda import image dari USB bagi membetulkan jersi-jersi dan emblem yang tidak mendapat lesen. Ini adalah sesuatu yang ditunggu sekian lama oleh peminat tegar siri PES.

PES 2016 Malaysia 6

Ucapkan selamat tinggal kepada Mersey Red, hello Liverpool FC.

PES 2016 Malaysia 7

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang mengurangkan kesempurnaan game ini.

PES 2016 Boleh Blah Sebab Ini:

1. Susah Sangat Nak Foul

Seperti yang anda tahu, PES 2015 sangat mengecewakan dari segi foul, seolah-olah pemain tidak boleh disentuh – terlalu senang dapat foul.

Namun, PES 2016 terlalu melampau pula dalam memperbaiki kelemahan ini. PES 2016 terlalu sukar untuk dapat foul walaupun pemain-pemain telah melakukan bentesan bagai nak gila.

2. Penalti Masih Mengecewakan

Sistem sepakan penalti yang masih tidak berubah dari edisi 2015 adalah sesuatu yang menjengkelkan. Sistem sepakan penalti yang mengelirukan ini melemahkan semangat anda untuk mengambilnya.

Sejak sistem ini diperkenalkan pada edisi 2015, kami masih lagi tidak mampu untuk sesuaikan diri dengan sistem ini. Harap Konami dapat lakukan sesuatu untuk edisi yang akan datang.

PES 2016 Malaysia 8

Jadi, Boleh beli atau boleh blah PES 2016 ini?

Jawapan kami: BOLEH BELI

Apa yang boleh dikatakan, siri PES 2016 kali ini telah membawa PES ke zaman kegemilangannya seperti pada era PS2.

Segala isu-isu yang selama ini dibayangi oleh FIFA telah berjaya di atasi. Walaupun isu tersebut nampak kecil, namun penambahbaikan inilah yang akan membuatkan kita melekat main PES 2016.

Baca juga: 5 Perkara Yang Pasti Buat Anda Teruja Dengan FIFA 16

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil nukilan Faiz Tobeng. Artikel asal telah diterbitkan di JomGaming

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN