Perubahan Format Saingan Piala Malaysia 2020 Beri Peluang Seimbang

Aidil Sharin Victor Andrag Kedah Piala Malaysia 2020 format

Format pertandingan kalah mati sahaja sememangnya menambah sengit buat saingan Piala Malaysia musim ini apabila pasukan yang kalah akan terus tersingkir.

Berbanding format sebelum-sebelum ini, Piala Malaysia akan bermula dengan saingan peringkat kumpulan yang akan melalui dua pusingan perlawanan sebelum memasuki peringkat kalah mati yang juga akan melibatkan aksi timbal balik.

Oleh itu, semua 16 pasukan yang telah layak untuk beraksi di Piala Malaysia kali ini – kecuali Sabah, mempunyai lebih peluang yang sama untuk mara ke pentas akhir di mana prestasi ketika perlawanan tersebut akan menjadi indikasi penting sama ada pasukan akan mara ataupun tersekat di pusingan tersebut sahaja.

Ini menjadikan, semifinalis musim lalu seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah, Pahang dan Selangor bukan lagi pilihan sekiranya prestasi mereka ketika perlawanan tersebut tidak menjadi. Satu kesilapan boleh membawa padah kerana hanya ada satu sahaja perlawanan dan peluang untuk menentukan nasib mereka.

Menurut pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak yang baharu sahaja menandatangani lanjutan kontrak dua tahun untuk kekal bersama Kedah, “Saya percaya pasukan yang bukan menjadi pilihan dan yang berada lebih bawah daripada kami dalam liga akan menjadi lawan yang merbahaya.”

“Ini kerana pastinya tekanan lebih kurang berbanding kami,” tambahnya lagi mengenai tekanan yang Kedah perlu lalui sambil menegaskan yang beliau mahu anak buahnya memberikan 100 peratus dalam setiap perlawanan yang bakal mereka lalui.

“Bagi saya, tidak kira siapa lawan sekali pun, saya hanya ingin tekankan prestasi pasukan saya sahaja untuk mereka buat yang terbaik, walaupun lawan mereka adalah pasukan hebat sekali pun,” ujarnya mengenai harapannya kepada barisan pemain Helang Merah menjelang sepak mula Piala Malaysia pada 6 November ini.

Kedah telah diletakkan di dalam Balang A untuk undian pada 1 November ini bersama-sama juara Liga Super dan Liga Premier, JDT dan Pulau Pinang, Terengganu FC, Perak, Selangor, UiTM FC serta Kuala Lumpur, selain turut ditetapkan akan menjadi tuan rumah dalam pusingan pertama saingan Piala Malaysia 2020.

KREDIT FEATURED IMAGE: KEDAH FA

Baca lagi artikel lain mengenai Kedah dan Piala Malaysia:

5 Perkara Final Piala Malaysia 2019: Kedah ‘Hilang’ Dalam Ramai, JDT Raih ‘Domestic Double’

‘Buangan’ Kedah, Fernando Rodriguez Kini Ditagih Untuk Pacu Cabaran JDT Di ACL

MFL Putuskan TM Piala Malaysia 2020 Tanpa Penglibatan Sabah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN