Perth Glory Rancang Adakan Perlawanan A-League Di Kuala Lumpur

Kelab ternama dari Liga Australia (A-League), Perth Glory FC merancang untuk mengadakan perlawanan A-League sama ada di Singapore atau Kuala Lumpur musim depan selepas pemilik kelab itu, Tony Sage mendapat lampu hijau daripada Federasi Bolasepak Australia (FFA).

Jika ia menjadi kenyataan, ini merupakan perlawanan A-League yang pertama berlangsung di luar Australia dan New Zealand.

“Saya sudah mendapat kebenaran daripada FFA bermain satu perlawanan di luar negara musim depan sekitar Asia jika dapat mengesahkan pasukan yang akan menentang Glory di sana,” kata Tony Sage kepada Football Nation Radio.

“Ianya cuma satu perlawanan sama ada di Singapore atau Kuala Lumpur.

“Perkara ini masih belum dimuktamadkan tetapi saya juga sudah mendapat kebenaran rasmi daripada FFA,” jelasnya.

NIB Stadium merupakan gelanggang rasmi pasukan Perth Glory FC.

Sage merancang untuk mengadakan perlawanan di luar Australia kerana ingin memasuki pasaran Asia Tenggara untuk meluaskan sokongan terhadap A-League.

Idea ini pernah diutarakan beberapa kali oleh seorang ejen dari England, Jon Smith pada tahun 2014 tetapi ditentang oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kerana ia dianggap menganggu saingan liga domestik.

Sage turut menjelaskan dia sudah mengadakan perbincangan dalaman dengan wakil daripada Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM) untuk mendapat kebenaran mengadakan perlawanan di Kuala Lumpur.

“Semua orang ketawakan saya tetapi saya fikir kami sudah mendapat pasukan di Singapore, Jakarta dan Malaysia.

“Bayangkan lebih 300 juta penonton yang menyaksikan perlawanan ini melalui kaca TV, ia dapat menjana keuntungan kepada stesen TV.

“Saya tak fikir akan ada masalah sekurang-kurangnya persatuan bola sepak di negara itu sudah menyatakan persetujuan.

“Apa gunya mengadakan perlawanan di Sydney dan Melbourne? Saya tak nampak di mana relevannya, anda tidak akan tarik ramai penonton untuk menyaksikan perlawanan di sana.

“Memasuki pasaran Asia, saya fikir wang hak penyiaran akan bertambah dan memberi faedah kepada semua orang.

“Ini cuma pandangan saya sahaja, saya cuma pemilik kelab dan itulah visi saya untuk memajukan A-League,” jelasnya seperti dipetik melalui ESPN FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN