Quantcast

BERITA

Vietnam: ‘Naga Emas’ Yang Melakukan Lonjakan Terbesar Ranking FIFA 2017

Ada apa dengan Vietnam? Menuju penghujung tahun 2017, tidak ada banyak perkara yang boleh diperbincangkan untuk bola sepak global. Ranking Dunia FIFA/Coca-Cola juga tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara.

Namun apa yang menarik perhatian pemerhati bola sepak global ialah apa yang sedang berlaku di Asia Tenggara.

Lupakan Thailand yang merupakan gergasi bola sepak Asia Tenggara, atau pun Indonesia yang semakin rancak di saingan domestik selepas kembali daripada pergantungan, mahupun Malaysia yang giat memberikan nilai komersil di liga domestik.

Vietnam adalah tumpuan utama pemerhati bola sepak antarabangsa setelah skuad kebangsaaan mereka melakukan anjakan tertinggi di dalam ranking FIFA baru-baru ini.

Vietnam’s Dinh Thanh Trung (C) celebrates and teammate after he scored a goal during the AFC Asian 2019 Cup qualifier against Cambodia at Hanoi’s My Dinh stadium on October 10, 2017.
Vietnam won 5-0. / AFP PHOTO / HOANG DINH NAM (Photo credit should read HOANG DINH NAM/AFP/Getty Images)

Skuad kebangsaan Vietnam yang berada di bawah bimbingan Park Hangseo melonjak 13 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-112 dunia, menjadikan skuad ‘Naga Emas’ tersebut tampil sebagai negara Asia terbaik yang dari segi peningkatan pada tahun lalu.

Kedudukan terbaru itu bukan sahaja meletakkan mereka berada di ranking yang lebih baik sejak 2012. Malah kini Vietnam berada di atas Filipina dan juga Thailand.

Ini bermakna secara keseluruhan, Vietnam telah mendaki 24 anak tangga dalam kedudukan ranking FIFA.

Bagaimana Vietnam melakukannya?

Baiklah. bagaimana Vietnam melakukannya? Adakah mereka menggunakan penganalisis seperti mana India?

Sebab utama Vietnam berada di kedudukan yang lebih baik pada penghujung 2017 adalah kerana kecemerlangan mereka mengharungi pusingan kelayakkan Piala Asia 2019.

Sehingga kini mereka masih belum tewas sepanjang 5 perlawanan yang dilalui, meletakkan Vietnam berada di kedudukan ke-2 di peringkat kumpulan pusingan kelayakan.

Vietnam’s Nguyen Van Quyet (R) fights for the ball with Jordan’s Mohammad Mousa during a qualifying match between Jordan and Vietnam for the 2019 AFC Asian Cup football tournament on June 13, 2017 in Ho Chi Minh City.
The match ended with a 0-0 draw. / AFP PHOTO / – (Photo credit should read -/AFP/Getty Images)

Ini bermakna Vietnam akan beraksi di UAE pada tahun hadapan.

Walaupun bermula agak perlahan dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2019. Mereka hanya mampu mencuri 1 mata ketika perlawanan bertemu Afghanistan, sebelum sekali lagi tanpa jaringan menentang Jordan di laman sendiri.

Selepas itu Vietnam menewaskan Kemboja dua kali, masing-masing dengan jaringan 2-1 dan 5-0, sekaligus memberikan mereka kedudukan terbaik untuk mara ke UAE.

Akhirnya ketika mereka melayan kunjungan Afghanistan, Vietnam berjaya menemui 1 mata berharga untuk mengesahkan tempat ke UAE.

Revolusi Vietnam baru

Kejayaan Vietnam melangkah ke Piala Asia 2019 tidak akan berlaku tanpa perubahan. Perubahan yang berlaku di skuad kebangsaan tersebut berlaku sejak dua tahun yang lalu.

Beberapa pemain veteran mulai mengundurkan diri, termasuk pemain legenda Le Cong Vinh, bagi memberi laluan kepada pemain muda.

Kapten skuad negara tersebut kemudiannya diganti oleh Nguyen Van Quyet, yang merupakan penjaring terbanyak Vietnam di peringat pusingan kelayakan Piala Asia.

Vietnam’s Nguyen Cong Phuong (C) fights for the ball with Jordan’s Odal Al Saify (2nd L) during a qualifying match between Jordan and Vietnam for the 2019 AFC Asian Cup football tournament on June 13, 2017 in Ho Chi Minh City.
The match ended with a 0-0 draw. / AFP PHOTO / – (Photo credit should read -/AFP/Getty Images)

Nguyen Tuan Manh beraksi cemerlang di hadapan gawang ketika berhadapan Afghanistan. Manakala pemain berpengalaman seperti Dinh Thanh Trung memainkan peranan penting di bahagian tengah bersama bintang muda, Luong Xuan Truong.

Luong Xuan Truong beraksi di K League bersama Gangwon FC.

Separuh daripada pemain di dalam skuad kebangsaan mereka berusia 23 tahun ke bawah. Ini bermakna skuad yang dikendalikan oleh Park Hangseo mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh di masa hadapan.

CHEONAN, SOUTH KOREA – MAY 25: Vietnam after their 3-1 loss to France in the FIFA U-20 World Cup Korea Republic 2017 group E match at Cheonan Baekseok Stadium on May 25, 2017 in Cheonan, South Korea. (Photo by Maddie Meyer – FIFA/FIFA via Getty Images)

Ini termasuklah Bui Tien Dung (penjaga gol), Tra Dinh Trong (pertahanan), Nguyen Quang Hai (tengah) dan Ha Duc Chinh (penyerang) yang beraksi di kejohanan Piala Dunia B-20 di Korea Selatan pada Jun lalu.

Masih awal untuk menilai keupayaan skuad Vietnam ini. Namun mereka melakukannya dengan baik sekali setakat ini. Sekurang-kurangnya mereka sudah memiliki asas untuk merancang lebih jauh selepas ini.

 

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!