Pertemuan FAM, PFAM Bincang Penerapan NDRC

Satu perbincangan antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Pemain-Pemain Profesional Malaysia (PFAM) telah diadakan di Wisma FAM, sebentar tadi bagi membincangkan mengenai penubuhan Kamar Penyelesaian Pertelingkahan Kebangsaan (NDRC).

NDRC yang diwujudkan pada tahun ini selepas mendapat persetujuan daripada FAM, PFAM serta Malaysian Football League (MFL) adalah bertujuan untuk membantu dalam menyelesaikan pertikaian dan membela nasib pemain.

“Semua pihak, FAM, MFL dan PFAM memainkan peranan besar dalam menyelesaikan isu tunggakan gaji yang dihadapi ketika ini.

“Lantaran itu, kerjasama penting untuk kita menambah baik gerak kerja untuk kepentingan pemain serta memperkasakan lagi mutu bola sepak negara.

“Kami juga berbincang dan memberi cadangan mengenai cara untuk mengukuhkan lagi cara pengurusan kelab di mana ia penting untuk pembangunan pemain serta bola sepak secara keseluruhan.”

”Kelab atau pasukan perlu diberi maklumat dan laluan tepat untuk mereka membentuk pasukan mantap dalam mengharungi musim pertandingan yang panjang,” ujar Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

Perbincangan tersebut diadakan bersama Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dan PFAM diwakili Presiden PFAM, Rezal Zambery Yahya; Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail dan bekas pemain kebangsaan, Rudie Ramli yang juga bendahari PFAM.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN