Jorginho Mahu Rakan Sepasukan Lebih Tajam

Jorginho

Pemain tengah Chelsea, Jorginho menggesa rakan sepasukannya supaya meningkatkan ketajaman di hadapan gawang lawan jika mahu bersaing hebat dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah.

The Blues yang kini mendapat sentuhan Frank Lampard selaku ketua jurulatih telah mempamerkan corak permainan meyakinkan walaupun kini dalam tempoh hukuman larangan pembelian pemain.

Namun, yang menjadi kerisauan Jorginho adalah keupayaan para pemain Chelsea mencipta begitu banyak percubaan tetapi ia tidak mampu diterjemahkan kepada jaringan.

Menurut sumber Goal, Chelsea memperoleh 24 percubaan dan hanya menjaringkan dua gol pada perlawanan bertemu Brighton & Hove Albion tempoh hari. Jorginho sendiri membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti.

”Ia penting kerana kita perlu menjaringkan banyak gol [bertemu Brighton], tetapi saya merasakan kami perlu untuk meningkatkan penyudah kerana kami tidak melakukannya dan hanya mampu menjaringkan dua gol sahaja.”

”Perlawanan ini [Liga Juara-Juara Eropah], anda tidak boleh melakukan kesilapan kerana setiap pasukan bertanding adalah sangat bagus. Mereka [pasukan lawan] boleh mencipta hanya satu peluang dan menyempurnakannya. Jadi kami perlu lebih kuat dengan mentaliti untuk bertahan.”

Liga Juara-Juara adalah saingan yang sangat sukar, tetapi kami bersedia di mana sahaja untuk mencuba memperoleh kemenangan,” ujar Jorginho lagi.

Setelah tumpas 0-1 di laman sendiri ketika berdepan Valencia, Jorginho dan rakan sepasukan akan berkunjung ke Perancis untuk bertemu Lille pada aksi kedua kumpulan H pada awal pagi Khamis nanti.

Kredit foto: Metro UK

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN