Pertaruhan Import Baharu Perak Bakal Beri Mimpi Ngeri Buat Kuching City

Perak menjadi antara pasukan yang membuat perubahan baharu dalam kalangan pemain import mereka dalam usaha untuk mendapatkan keputusan lebih baik musim ini dalam persaingan Liga Super 2023.

Tampil dengan sangat perlahan sejak awal musim, Perak nekad membuat beberapa perubahan baharu dengan lebih awal termasuk menggunakan kembali khidmat Yusri Che Lah selaku pengendali utama kelab.

Paling mencuri tumpuan, Perak turut membuat beberapa perubahan daripada segi pemain import mereka untuk menandatangani tiga pemain baharu iaitu Jesper Nyholm dan Kim Youn-do di posisi pertahanan serta seorang penyerang kelahiran Serbia, Luka Milunovic.

Untuk aksi seterusnya berdepan Kuching City malam ini, dijangka para pemain import tersebut sedia diturunkan dalam usaha mereka untuk kembali mendapatkan tiga mata penuh untuk memperbaiki kedudukan semasa carta liga.

Tanpa penyerang berkualiti sejak awal musim, kehadiran Milunovic pastinya ditagih Yusri Che Lah untuk memastikan penyerang bertubuh tegap tersebut mampu menghasilkan sesuatu di hadapan gol.

Tampil dengan pengalaman pernah beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) beberapa musim lalu, dijangka Milunovic tidak berdepan begitu banyak kesukaran untuk menyesuaikan diri di atas padang.

Selain Milunovic, Perak juga pastinya dapat menarik nafas lega selepas penyerang import berbisa mereka dari Korea Selatan iaitu Seo Seonung sudah pun pulih daripada kecederaan.

Malah, kelibat pemain tersebut juga kelihatan untuk bersama-sama pasukan bagi menyertai perlawanan malam ini demi memperkukuhkan terus posisi hadapan Perak.

Menerusi sedikit rombakan kecil dibuat ini, pastinya penyokong Perak mengharapkan prestasi semasa pasukan dapat dipertingkatkan selain memberi persainhan sengit kepada kelab-kelab lain.

Walaupun begitu, mereka juga perlu berwaspada akan kekuatan semasa Kuching City yang juga sudah pun membuat beberapa perubahan baharu termasuk menandatangani khidmat import.

Malah, Kuching City juga berjaya mendapatkan khidmat penyerang tempatan berkualiti seperti Nurshamil Ghani, selepas pemain tersebut sah meninggalkan The Red Warriors (TRW) Kelantan.

Selain hampir mengejutkan Sabah pada aksi lalu, secara keseluruhan Kuching City tampil lebih baik di segenap aspek termasuk tumpuan utama kepada peledak import mereka iaitu Abu Kamara.

Apapun, dijangka perlawanan pada hari ini dijangka bakal sengit kerana kedua-dua kelab tersebut mahu memperbaiki kedudukan carta liga ke arah lebih baik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN