Belum mencapai tahap profesional dari segi kualiti dan tahap piawaian. Itu rumusan daripada pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengenai majoriti penyertaan pertandingan mencipta logo Kedah Darulaman FC.
KFA menerusi Unit Medianya berkata yang 90 peratus daripada lebih kurang 300 penyertaan pertandingan tersebut hanyalah ‘joy participant’ yang bermaksud hanya suka-suka tanpa mengikut kehendak yang disyaratkan oleh pihaknya.
KFA Umum Nama Rasmi Kedah Darul Aman, Lancar Pertandingan Cipta Logo Baharu https://t.co/sTQGOnZDuF pic.twitter.com/fwqXqcDxfH
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 21, 2020
Kurang dua minggu lalu, KFA telah mengumumkan nama rasmi Kedah Darulaman FC seterusnya melancarkan pertandingan mencipta logo buat kelab bola sepak tersebut dengan menetapkan beberapa kriteria dan syarat untuk diikuti. Tarikh tutup untuk pertandingan tersebut adalah pada hari ini (31 Oktober 2020).
Menurut kenyataan pihak KFA menerusi laman rasmi Facebook mereka semalam selepas tempoh seminggu, “Melalui tinjauan awal, 90% penyertaan dikategorikan sebagai ‘joy participant’ yang belum mencapai tahap karya yang professional dan agak luar jangkaan sebenarnya jika dinilai kualiti dari tahap piawai.”
“Selain hanya sekadar menghantar logo semata-mata, langsung tiada atau persediaan ala kadar dalam portfolio penjenamaan yang lengkap bagi rujukan pihak KFA,” ujar kenyataan tersebut lagi sambil mengatakan majoriti yang menyertai pertandingan tersebut mungkin tiada latar belakang sebagai pereka grafik.
1️⃣ 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜 TARIKH AKHIR PENYERTAAN PENJENAMAAN LOGO KDA FC!
📅 Tarikh Akhir Penyertaan: 31 Oktober 2020, 11:59 malam
**********************************************
Pautan penuh Penjenamaan Logo KDA FC: https://t.co/6sT7jA8fWN#KedahDarulAman #KDA pic.twitter.com/LCitlnqDyu— Official_KedahFA (@official_kfa) October 30, 2020
“Kami amat berharap hasil karya yang berkualiti akan disertai oleh pereka grafik professional dalam memberi pilihan TERBAIK SEBELUM 11:59 MALAM ESOK [hari ini],” menurut kenyataan itu lagi sebelum menutup bicara.
Tinjauan reaksi penyokong-penyokong ternyata memperlihatkan perlbagai ragam mereka. Ada yang mengatakan tempoh masa 10 hari yang diberikan tidak mancukupi dan ada juga berkata sinis tentang logo yang pernah tular sebelum ini mungkin lebih profesional dan menepati citarasa pihak pengurusan KFA.
Menurut Ahmad Alami Ahmad Nazari tentang komen KFA itu, “Sebagai ex logo designer, singkat jugak nak buat logo KDA ni. Logo kena ada maksud, bukan boleh letak pakai copy ja. Kurang-kurang 2-3 minggu. Idea tak mai begitu saja.”
Perkara itu turut disokong oleh Mohd Fauzan Hazri yang merupakan bekas pelajar grafik, “Macam kami dulu student grafik kat UiTM, nak research tentang logo sahaja dah amik masa seminggu. Belum design logo lagi, design bahan promo lagi. Saya sempat buat sikit, tapi agak cincai la, pasal masa tak cukup.”
KREDIT FEATURED IMAGE: HARIAN METRO
Baca lagi artikel mengenai Kedah dan logo:
KFA Umum Nama Rasmi Kedah Darul Aman, Lancar Pertandingan Cipta Logo Baharu
Bila KFA Akan Buat Keputusan Mengenai Tawaran Koperasi Anak Kedah?
Ke Arah Imej Baharu, Logo Skuad Kebangsaan Thailand Akan Dijenamakan Semula