Pertama Kali Terjah Industri Bola Sepak, BubblesO2 Harap Dapat Beri Impak Positif

BubblesO2

Jenama air mineral beroksigen tempatan, BubblesO2 kini telah menjadi sebahagian daripada keluarga bola sepak Malaysia selepas hadir sebagai penaja.

Bakal menjadi sebahagian daripada pelbagai jenama yang menaja Liga Malaysia 2023, BubblesO2 berharap kehadiran mereka ke dalam industri bola sepak dapat memberikan impak positif kepada sukan tersebut.

Menurut ketua pegawai eksekutifnya, Ain Azizah Arifin, beliau berharap yang kehadiran BubblesO2 akan berikan kesan yang baik kepada para pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia.

“Sebenarnya ini bukan kali pertama kami bekerjasama dalam aktiviti sukan di mana BubblesO2 pernah menjadi penaja pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing untuk Kejohanan CubPrix Kebangsaan (2018-2020), Sukan Malaysia (SUKMA 2022) bagi pasukan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Pasukan Baseball Kebangsaan (2022) serta Kejohanan Silat Dunia 2022.

“Malah pelawaan dari Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) kepada kami sebagai minuman rasmi bagi sukan permotoran negara bagi musim 2023 adalah bukti jelas penerimaan warga sukan terhadap BubblesO2.

“Walaupun ini kali pertama kami membabitkan diri dalam sukan bola sepak, BubblesO2 positif dengan pengalaman yang ada dapat memberikan kelebihan dan manfaat kepada semua terutamanya kepada barisan pemain Liga Malaysia,” kata Ain kepada MFL.

BubblesO2 dan MFL mengikat perjanjian selama semusim dengan kedua-dua entiti mempunyai minat untuk meneruskan kerjasama untuk tempoh yang lebih panjang pada masa akan datang.

Para pemain Liga Malaysia akan berpeluang untuk menikmati kebaikan air mineral oksigen BubblesO2 yang baik untuk kesihatan dan imunisasi badan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN