Sarawak United pada musim ini boleh dikatakan sebagai salah satu pasukan yang menerima nasib agak malang sejak awal musim menerusi aksi di atas padang serta konflik dalaman.
Terbaharu, mereka mencatat keputusan tewas kali ke-13 musim ini dalam saingan Liga Super setelah teruk diamuk pasukan tuan rumah, Kuala Lumpur City (KL City) semalam.
KEPUTUSAN MASA PENUH – LS20
Kuala Lumpur City FC mencatat kemenangan besar di laman sendiri.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/CHjuG3TuMt
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 28, 2022
Tampil dengan kekalahan 0-5 di tangan pasukan tuan rumah, Sarawak United kini kekal di tangga kedua tercorot carta liga dengan hanya mengumpul 14 mata keseluruhan.
KL City pula, pastinya gembira dengan keputusan tersebut setelah mereka mengalami kekalahan minggu lalu di tangan Penang dan kemenangan malam ini kembali melonjakkan anak-anak buah Bojan Hodak menduduki tangga kelima Liga Super.
Berikut merupakan beberapa faktor mengapa Sarawak United tewas besar di tangan KL City semalam dalam saingan Liga Super.
Pertahanan longgar
Pada perlawanan semalam, Sarawak United telah mempertaruhkan empat pertahanan tempatan mereka untuk mengawal barisan serangan tuan rumah.
Tanpa kehadiran Boris Kok yang berada di bangku simpanan, jelas pasukan pelawat menghadapi masalh untuk menyerap asakan bertali arus daripada KL City dan kerap membuat kesilapan mudah.
Gandingan pertahanan tengah antara Stuart Wark dan Raja Imran Shah sebenarnya agak bagus dalam situasi pertembungan fizikal untuk menghalang lawan.
85' GOL | Jordan Mintah menambah gol kelima KL City!@KLCityFootball 5-0 @sufc_rasmi #LigaSuper2022 pic.twitter.com/1HmFbkAD5E
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 28, 2022
Namun dari segi kepantasan masing-masing gagal untuk mengawal kelincahan pemain seperti Ryan Lambert, Zhafri Yahya, serta J. Partiban yang sentiasa lincah untuk mengatasi pertahanan.
Bahagian tengah mudah didominasi lawan
Paling ketara semalam apabila bahagian tengah Sarawak United yang begitu mudah untuk dikuasai oleh tuan rumah sepanjang perlawanan berlangsung.
Kapten pasukan iaitu Azizi Ramlee dan S. Veenod dilihat begitu sukar untuk mengatasi Akram Mahinan yang sentiasa ada untuk mengkucar kacirkan peluang cuba dicipta mereka.
Apa yang boleh dilakukan oleh Sarawak United pada perlawanan semalam lebih kepada situasi serangan balas dengan menggunakan pemain sayap dan kiri sahaja setelah kawasan tengah begitu mudah dikuasai tuan rumah.
Serangan begitu tumpul
Jika dilihat sepanjang perlawanan semalam, Sarawak United juga berpeluang untuk mencatat gol terutama sekali pada awal permainan berlangsung.
Namun corak permainan agresif ditampilkan mereka tidak bertahan lama setelah KL City berjaya meledak jaringan awal permainan dan menyentap momentum pasukan pelawat.
Secara keseluruhan, gandingan Uche Agba bersama Lee Chang-hoon boleh dikatakan agak baik setelah beberapa kali juga kubu pertahanan tuan rumah menjadi kacau bilau disebabkan gerakan individu kedua pemain ini.
📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS20
Kuala Lumpur City FC naik satu tempat ke tangga kelima liga.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/ynw9pMZEj1
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 28, 2022
Namun aspek penyudah jelas sangat dirasai apabila kedua pemain ini seolah tidak tahu untuk menjaringkan gol, setelah banyak rembatan yang dilepaskan sering tersasar dan terlalu mudah dijangka penjaga gol KL City.