Pertahanan Kental Perak Bakal Jadi Rekrut Terbaharu PDRM Secara Pinjaman?

PDRM nampaknya tidak berdiam diri untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim 2024/2025 dengan terbaharu mereka dilaporkan bakal mendapatkan beberapa pemain tempatan dengan Raja Imran Shah salah seorang daripadanya.

Laporan tersebut dikeluarkan sendiri oleh wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam dengan menyatakan beliau bakal dipinjamkan oleh Perak untuk menyertai PDRM musim ini menerusi media sosial X.

“Bekas pertahanan Selangor 2, Raja Imran Shah kembali ke pasukan Lembah Klang apabila pemegang ijazah undang-undang ini difahamkan menyertai PDRM secara pinjaman dari Perak,” ujar Zulhelmi.

Raja Imran yang menyertai Perak pada musim lalu telah pun diberi peluang beraksi sebanyak 19 perlawanan di pentas Liga Malaysia (Liga M) dengan satu bantuan gol turut dicipta beliau.

Secara keseluruhan, Raja Imran memiliki fizikal cukup baik untuk beraksi selaku pertahanan tengah buat mana-mana kelab menerusi ketinggian serta kekuatan fizikal beliau.

Selain berkelebihan selaku pertahanan tengah, Raja Imran juga memiliki kelebihan selaku pertahanan kiri dan sudah pun dibuktikan sejak beberapa aksi lalu.

Penyertaan Raja Imran bersama PDRM menjadikan beliau selaku aset terbaharu yang sangat penting untuk mengukuhkan lagi benteng pertahanan pasukan tersebut.

Ini bukan jadi pertama kali untuk pemain Perak yang dipinjamkan bersama PDRM, setelah penyerang muda Harimau Malaya iaitu Hadi Fayyadh juga sudah pun melalui perkara sama tahun lalu.

Sehingga kini, PDRM sudah pun melepaskan beberapa pemain kunci mereka pada tahun lalu kepada pasukan lain seperti pemain sayap kelahiran Kedah iaitu Nabil Latpi yang menyertai Penang, serta Dzulfahmi Abdul Hadi menyarung jersi Negeri Sembilan.

Selain itu, Fadhirul Shuhaimi juga turut melaporkan seorang lagi pemain berkemungkinan akan menyarung jersi PDRM iaitu Hafiz Ramdan, selepas beliau sah dilepaskan oleh PDRM.

Walaupun begitu, masih belum ada sebarang pengesahan secara rasmi untuk membuktikan kedua pemain tersebut bakal menyarung jersi The Cops pada musim ini melalui sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pasukan tersebut.

Sehingga kini, PDRM berjaya mengesahkan Fadi Awad, Kyaw Min Oo, serta Bruno Suzuki selaku rekrut mereka untuk saingan hadapan beberapa bulan lalu.

Tampil dengan mencipta kejutan pada tahun lalu dengan beberapa kemenangan mengatasi pasukan gergasi Malaysia seperti Kedah Darul Aman, Selangor, dan Sabah, sudah tentu mereka ingin mempamerkan konsistensi tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN