Dua pemain warisan baharu Indonesia sudah pun didaftarkan baru-baru ini menerusi Dewan Perwakilan Indonesia (DPR), kini dilihat semakin bersemangat untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.
Jordi Amat selaku pemain pertahanan baharu skuad kebangsaan Indonesia terlebih dahulu menabur kata-kata manis kepada penyokong setelah beliau kini bakal bermain bersama pasukan tersebut.
Komisi X DPR RI menyetujui naturalisasi Jordi Amat dan Sandy Walsh. Keduanya hanya tinggal diambil sumpahnya saja untuk menjadi WNI. https://t.co/Du4gZRMZ18
— detiksport (@detiksport) September 2, 2022
Pemberian status pemain warisan tersebut berjaya dilaksanakan setelah satu mesyuarat kerja antara Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia serta Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dibuat sebelum itu.
Jordi Amat bersama Sandy Walsh nyata sentiasa mengikuti perkembangan status diri mereka menerusi mesyuarat tersebut sebelum mengesahkan diri sebagai pemain warisan Indonesia.
Pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu juga mengucapkan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk menjawi warganegara Indonesia.
Selain itu, beliau juga menyatakan ucapan terima kasih kepada para penyokong Indonesia yang sentiasa memberi galakan buat dirinya sehingga kini.
“Terima kasih kerana sentiasa menghargai diri saya untuk bersama Indonesia. Saya akan membalas segalanya di padang bersama pasukan serta memberi segalanya yang terbaik,” ujar Jordi menerusi Bola.com.
Pada masa sama, Jordi juga menegaskan kini segalanya telah diserahkan buat pasukan Indonesia dengan pemain itu turut menyatakan mewakili skuad ini merupakan satu kebanggaan buat dirinya.
“Saya akan melakukan apa sahaja untuk bola sepak indonesia, bermain bola sepak merupakan sebahagian besar daripada kehidupan saya.
“Saya kini jelas bersemangat untuk memberikan yang terbaik buat Indonesia. Ini merupakan satu kebanggan buat diri saya selaku pemain profesional,” tambah Jordi.
Walaupun sudah disahkan sebagai pemain warisan baharu, peluang untuk Jordi beraksi bersama skuad kebangsaan kini masih lagi menjadi tanda tanya.
Peringkat akhir proses mendaftarkan Jordi bersama Sandy kini masih lagi berjalan dan aksi persahabatan pertama Indonesia bersama Curacao dijadualkan pada 24 dan 27 September ini.
Beberapa proses perlu diharungi oleh kedua pemain tersebut termasuklah acara mengangkat sumpah sebagai salah satu proses yang perlu dibuat mereka sebelum aksi persahabatan tersebut.
2022 AFC CHAMPIONS LEAGUE
Half Time
JDT [0-3] URAWA RED DIAMONDS
(Alexander Scholz 8' (pen) / David Moberg Karlsson 19', 39')More photos at https://t.co/07UYkJX3OO#JDTvRED#AFCChampionsLeague#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/99bIpamWN6
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 19, 2022
Mereka juga perlu mendapat pengesahan rasmi daripada FIFA setelah segalanya selesai sebelum diberi kebenaran untuk mewakili Indonesia.
Untuk rekod, Jordi ketika ini merupakan pemain import buat JDT yang beraksi dalam saingan Liga Super di Malaysia.
Jordi Amat buat debut. All the best JDT! @ASTROARENA pic.twitter.com/aTQCjwiBKM
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 19, 2022
Pemain tersebut membuat penampilan pertama ketika aksi 16 terbaik bagi saingan AFC Champions League baru-baru ini di Jepun ketika menentang Urawa Red diamonds.
Seorang lagi pemain iaitu Sandy Walsh pula sedang menikmati musim beliau dalam saingan tertinggi di Belgium dengan mewakili KV Mechelen.
Bersama kelab tersebut ketika ini Sandy telah pun beraksi sebanyak enam kali dan berjaya menyumbang satu bantuan gol buat kelab tersebut.