Pertahanan Berpengalaman Dari Serbia Jadi Sasaran Baharu Sri Pahang?

Sri Pahang kini dilaporkan giat untuk memburu pemain import baharu, dengan laporan kini menyatakan Tok Gajah berkemungkinan bakal menandatangani pertahanan kental dari Serbia.

Untuk saingan akan datang menyaksikan skuad kendalian Fandi Ahmad telah pun menggugurkan dua pertahanan import mereka pada musim lalu iaitu Sherzod Fayziev serta Michael Glassock dan ianya jelas ada perubahan bakal berlaku di posisi itu.

Apatah lagi posisi tersebut juga merupakan salah satu sisi kelemahan Sri Pahang pada musim lalu, maka ianya sudah tentu akan menjadi keutamaan buat Fandi untuk merombaknya semula.

Menurut laporan daripada Harian Metro, pasukan tersebut kini berkemungkinan besar akan menandatangani seorang pemain import dari Serbia dan beraksi di posisi pertahanan untuk saingan hadapan.

Namun, tiada maklumat lebih lanjut dikongsikan mengenai latar belakang pemain tersebut dan dikatakan beliau merupakan seseorang berpengalaman untuk mengemudi jentera pertahanan kelab.

“Boleh disahkan bahawa pemain pertahanan import dari Serbia sedang dirisik dalam usaha mengukuhkan jentera pertahanan pasukan selepas dua pertahanan import musim lalu dilepaskan.

“Namun, kelab belum lagi mendapat pengesahan tetapi pemain import itu berpengalaman yang diharap mampu untuk mengekang asakan lawan,” jelas sumber itu menerusi laporan daripada Harian Metro.

Selain Sherzod dan Glassock, Sri Pahang juga sebelum itu sudah pun mengumumkan dua lagi pemain import mereka pada musim lalu tidak dikekalkan pada saingan hadapan iaitu Kevin Ingreso dari Filipina serta penyerang Brazil, Lucas Espindola.

Musim lalu menyaksikan Sri Pahang menamatkan cabaran mereka di tangga kelima bagi saingan Liga Super dengan mengumpul 45 mata secara keseluruhan daripada 26 perlawanan dilalui.

Ketika ini, hanya seorang pemain import sahaja telah diperkenalkan mereka di posisi serangan dari Ukraine iaitu Mykola Ahapov bersama rekod lalu cukup memberansangkan.

Ianya diumumkan sendiri secara rasmi melalui laman Sri Pahang, dengan mereka menyatakan Ahapov sebagai pertaruhan terbaharu bagi barisan hadapan Tok Gajah.

“Selamat datang Mykola Ahapov. Memperkenalkan pemain kelahiran Ukraine, Mykola Ahapov sebagai taruhan terbaharu barisan depan Sri Pahang.

“Pemain berusia 30 tahun ini menandatangani kontrak satu tahun bersama skuad Tok Gajah,” jelas laman rasmi Sri Pahang mengenai pemain tersebut.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN