Persiapan Singkat Sudah Cukup Untuk Skuad B-22 Harungi Saingan Sukan SEA 2023

Persiapan skuad kebangsaan bawah 22 (B-22) dilihat tampil dengan serba tidak begitu cukup, selepas mereka mula dihimpunkan dalam tempoh yang singkat sebelum menghadapi saingan Sukan SEA 2023.

Bawah kendalian E. Elavarasan, pasukan B-22 negara tampil dengan beberapa nama pemain muda yang cukup berkualiti dan segalanya telah dibuktikan ketika aksi Merlion Cup sebelum itu.

Walaupun hadir dengan persiapan yang singkat, Elavarasan menjelaskan itu tidak menggambarkan skuad kendaliannya akan tampil serba longlai pada hari perlawanan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Jelas beliau, skuad B-22 negara sebelum itu telah pun bersama dalam sesi latihan bawah kendaliannya sejak beberapa bulan lalu dan menjalaninya sebanyak tiga sesi.

Elavarasan menyifatkan tempoh latihan tersebut sebenarnya sudah pun cukup untuk beliau menerapkan falsafah yang diinginkannya di atas padang pada kejohanan itu nanti.

Pada saingan Sukan SEA ini, Malaysia telah diletakkan dalam Kumpulan B bersama Vietnam, Thailand, Laos, dan Singapura serta dianggap sangat sukar untuk menentukan siapa bakal layak ke pusingan seterusnya.

“Cara kita buat tahun ini lain sikit sebab kita ada kem pertama, kem kedua dan kem ketiga.

“Walaupun lewat dia (pemain dikumpulkan) sampai, tapi dia tahu matlamat kita, modul kita, jadi untuk saya bukan isu lewat sampai ke apa.

“Bagi saya, kita dah buat banyak latihan dan tunjuk ajar untuk pasukan yang kita panggil sekarang,” katanya menerusi Harian Metro.

Ketika ini, Elavarasan berkata fokus pasukan terarah kepada persiapan untuk menghadapi cabaran Laos pada perlawanan pertama peringkat kumpulan.

Pastinya kemenangan ditagih oleh pengendali ini, kerana ia bakal menaikkan moral para pemain untuk lebih bersedia sebelum menghadapi perlawanan seterusnya pula.

“Fokus utama kita perlu melakukan yang terbaik, mudah saja bukan kecergasan ke apa…sebab tiga hari buat persediaan dan terus terbang ke Kemboja (esok).

“Lepas itu pada 3 Mei kita sudah sedia untuk aksi pertama, sebelum main lagi pada 6, 8 dan 11 Mei, sebelum ke separuh akhir dan final pada 13 dan 16 Mei,” katanya lagi.

Selepas menghadapi cabaran daripada Laos, Malaysia bakal berdepan Thailand, diikuti Vietnam, serta akhir sekali ialah Singapura sebelum mengetahui pasukan mana akan mara ke pusingan seterusnya.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia mengenggam pingat emas bagi acara tersebut pada tahun 2011, dan pastinya kejayaan tersebut ingin diulangi barisan anak muda ini demi membanggakan negara.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN