Qatar Membelanjakan Hampir $500 juta Seminggu Untuk Persiapan Piala Dunia 2022

Persiapan Piala Dunia Qatar 2022 adalah yang paling mahal dalam sejarah penganjuran sukan dunia.

Menteri kewangan Qatar, Ali Shareef Al-Emadi yakin purata itu akan meningkat pada tahun-tahun akan datang.

Beliau berkata:

“Kami berbelanja hampir $500 juta untuk projek besar ini.”

“Dan kami akan meneruskannya untuk 3 dan 4 tahun lagi.”

“Ianya untuk memastikan kami benar-benar bersedia menganjurkan Piala Dunia 2022.”

Ini bermakna lebih $200 billion akan dibelanjakan sepanjang proses persiapan ini nanti.

Satu angka yang sangat besar. Emadi mengesahkan 90% kontrak kepada pelbagai syarikat telah diberikan setakat ini.

Ia telah banyak membantu untuk memulakan persiapan lebih awal dalam pembinaan pelbagai infrastruktur.

Beliau menambah:

“Projek ini bukan untuk stadium semata-mata. Ia melibatkan banyak lagi perkara lain.”

“Ini termasuk, lebuh raya, landasan tren, perlabuhan, lapangan terbang, hospital dan banyak lagi.”

“Semua itu sedang giat dibina.”

“Anda jangan melihat perkataan persiapan piala dunia sahaja untuk $200 billion.”

“Ia melibatkan banyak lagi infrastruktur lain.”

Tahun lalu, kerajaan Qatar menjangkakan defisit sebanyak $7 billion di dalam perbelanjaan untuk piala dunia.

Malangnya, angka itu lebih tinggi dan defisit itu mencecah $12 billion.

Qatar adalah pengeluar minyak utama dunia. Mereka menghasilkan purata 888,000 barel minyak sehari.

Terdapat kerisauan oleh rakyat Qatar bahawa ini akan membuka jalan kepada pengenalan pelbagai cukai di Qatar.

Ini termasuk cukai pendapatan individu. Qatar adalah negara yang bebas cukai pendapatan individu.

Ali Shareef Al-Emadi menafikan spekulasi itu dan berkata kewangan mereka masih cukup kukuh.

Baca juga: Perlawanan Panas, 3 Dibuang Padang Dalam Perlawanan Copa Del Rey, Barcelona vs Atletico

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN