“Persiapan Penang Sudah 90 Peratus” – Zainal Abidin Gembira Proses Bentuk Pasukan Berjalan Lancar

Pengendali baharu Penang, Zainal Abidin Hassan beranggapan pasukan kendaliannya kini berada dalam momentum terbaik menerusi persiapan yang sedang dibuat menjelang kembalinya persaingan Liga Super 2022 setelah berehat dalam satu jangka masa agak lama.

Walaupun kelab tersebut bakal kehilangan tiga pemain pertahanan untuk dipinjamkan kepada pasukan lain, perkara tersebut nyata tidak memberi masalah buat Penang untuk meneruskan persiapan mereka bagi pertemuan menentang Petaling Jaya City pada 18 Jun ini.

Pemain yang bakal dipinjamkan tersebut merupakan pertahanan sayap kiri, Syamin Baharudin dan sayap kanan iaitu Aidil Azuan untuk beraksi dalam saingan Liga M3 bersama Manjung City FC dan Armed Forces FC sehingga penghujung musim ini sebelum bakal kembali bersama Penang untuk musim 2023.

Seorang lagi pemain bakal dipinjamkan ialah pertahanan berpengalaman mereka iaitu Azmi Muslim yang telah menerima lamaran daripada kelab Liga Premier, PDRM FC secara pinjaman.

Menurut Zainal, perkara tersebut merupakan satu lumrah dalam dunia bola sepak dan setiap pasukan terlibat perlu sentiasa bersedia untuk meminjamkan pemain mereka dan tumpuan beliau ketika ini lebih kepada menguatkan setiap posisi dalam kelab sekali gus dapat memperbaiki kembali kedudukan carta liga.

Penang setakat ini berada di dasar liga setelah hanya mengutip tiga mata daripada lapan perlawanan dihadapi mereka setelah mempamerkan aksi agak teruk ketika bawah kendalian bekas jurulatih, Thomas Trucha.

“Kita ingin dan telah mencari (pemain) untuk mengisi kekosongan itu dan ketika ini tiga siri perlawanan (persahabatan) telah dilalui.

“Alhamdulillah perlawanan berkenaan banyak membantu saya dalam proses membentuk pasukan dan menentukan siapakah yang berhak mendapat tempat dan siapa yang akan berada di bangku simpanan.

“Dalam hal ini, ia membolehkan saya meneliti dan mengenal pasti pemain serta memberi peluang kepada semua untuk bermain dalam perlawanan tersebut,” katanya ketika ditemui Berita Harian selepas perlawanan persahabatan menentang Perak FC di Stadium Bandaraya malam tadi.

Pada perlawanan persahabatan tersebut, kedua pasukan saling terikat seri 1-1 setelah jaringan awal daripada tuan rumah menerusi Muhd Faiz Mazlan berjaya dinafikan oleh gol penyamaan hasil ledakan oleh Mohd Ferris Danial pada masa kecederaan.

Selain itu, Zainal juga sudah melihat bayangan kesebelasan utama dalam skuad kendaliannya sebelum liga kembali bersambung serta semua pemain import Penang bakal dikekalkan untuk terus menguatkan persefahaman antara mereka.

“Perbincangan menyeluruh akan diadakan dengan persiapan membentuk pasukan sudah mencapai 80 ke 90 peratus,” katanya yang menggalas tugas pengendali baharu Penang FC awal bulan ini.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN