Persiapan Awal Perlu Dibuat Kedah Jika Ingin Cabar Kejuaraan Liga Super 2024

Kedah Darul Aman (Kedah) kini secara rasminya tidak lagi layak untuk merebut takhta kedua Liga Super 2023, selepas ianya sah menjadi milik Selangor menerusi perbezaan mata.

Terdahulu, Sang Kenari sebenarnya berupaya untuk merebut kedudukan tersebut serta mendapat slot ke saingan AFC musim depan jika mereka berjaya mengatasi cabaran Selangor.

Namun hasrat tersebut tidak kesampaian setelah skuad kendalian Nafuzi Zain mencipya kekalahan 0-1 di tangan Selangor ketika aksi berlangsung di Stadium Darul Aman (SDA), hasil jaringan tunggal Ayron Del Valle.

Secara keseluruhan, Kedah pada tahun ini tampil dengan sangat positif selepas ianya menjadi musim pertama buat Nafuzi untuk mengendalikan pasukan tersebut selepas ada rombakan dibuat.

Namun beberapa kelemahan pada tahun ini perlu diatasi jika Sang Kenari berhasrat untuk cuba merebut gelaran juara pada musim hadapan dengan sedikit rombakan kecil sahaja perlu dilakukan pada masa lebih awal.

Import lebih berkualiti

Musim ini menyaksikan Kedah telah pun membuat pertukaran semua pemain import baharu, selepas pasukan tersebut menggunakan keseluruhan sembilan kuota dibenarkan.

Bojan Ciger, Alan Robertson, Moses Atede, Amirbek Juraboev, Manuel Ott, Manuel Hidalgo, Jonathan Balotelli, Ebenezer Assifuah, serta Ifedayo Olusegun Omosuyi.

Daripada sembilan pemain import tersebut, hanya Bojan Ciger, Amirbek Juraboev, Moses Atede, serta Ifedayo Olusegun sahaja dianggap berjaya memberi impak besar buat pasukan tersebut.

Selebihnya, tidak banyak dapat diperkatakan selepas Alan Robertson dan Jonathan Balotelli, tidak dapat memberi impak diinginkan buat Sang Kenari.

Malah Ebenezer Assifuah juga masih belum mendapat kepercayaan Nafuzi untuk beraksi bersama pasukan senior dengan beliau menghabiskan musim 2023 untuk saingan MFL.

Antara wajar diperhalusi kembali ialah Sang Kenari perlu mendapatkan seorang peledak baharu yang lebih agresif serta klinikal di hadapan gol untuk bergandingan bersama Ifedayo serta seorang pertahanan berkeupayaan tinggi serta berkualiti seperti Bojan Ciger.

Sang Kenari juga wajar untuk menyambung segera kontrak Amirbek, Atede, Hidalgo, serta Ciger yang dianggap memainkan peranan cukup besar musim ini bersama mereka.

Barisan pemain tempatan lebih menyerlah

Musim 2023 menyaksikan hanya Kalamullah Al-Hafiz sahaja yang masih dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan selain bekas pemain Kedah, Lee Tuck.

Ini menyaksikan kualiti pemain tempatan Kedah masih lagi perlu diperbaiki dan memberi impak buat perjalanan panjang pasukan jika mereka gagal untuk tampil lebih menyerlah.

Selain Arif Farhan, Wan Amirul Afiq, dan Amirul Hisyam, selebihnya masih perlu memperbaiki kualiti diri untuk membantu pasukan tampil lebih baik.

Kedah juga wajar memperkasakan kembali anak-anak muda untuk lebih banyak diperkenalkan sebagai penerus legasi pasukan untuk masa akan datang.

Secara keseluruhan, Nafuzi sudah pun mencipta satu identiti positif buat Kedah musim ini dan layak diberi penghargaan oleh para peminat atas kerja keras dilakukan beliau.

Namun ianya akan menjadi sukar sekiranya pihak pengurusan tidak memberi kerjasama lebih baik buat beliau untuk melakukan persiapan lebih awal dan rapi demi menaikkan terus maruah bola sepak Kedah pada tahun hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN