Rizal Ghazali Kembali Sertai Kedah Untuk Saingan Musim Hadapan?

Pertahanan kental Sabah, Rizal Ghazali berkemungkinan akan kembali menyertai Kedah Darul Aman (Kedah) untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Khabar angin ini diperkuatkan selepas Rizal berkongsi satu foto di Instagram bersama bekas rakan sepasukan beliau yang kini sudah pun menjadi wakil rakyat di Gurun, Kedah iaitu Baddrol Bakhtiar.

Malah Rizal juga memberi bayangan seolah Baddrol menjadi wakil pengurusan Kedah untuk merekrut beliau bersama emoji hati hijau dan kuning.

“Terima kasih YB BB7 (Baddrol Bakhtiar) cepat buat kerja,” jelas Rizal di Instagram peribadi beliau sebentar tadi dan mendapat maklum balas positif di ruangan komen.

Malah Amri Yahya juga turut memberi komen seolah Rizal bakal meninggalkan The Rhinos pada musim hadapan dengan berharap pertahanan itu tidak melupakan beliau.

“Mantap Abang Rizal, back to home 2024 main dengan Kedah noh rindu haihh kereta kebal,” kata pemilik akaun Matmindangwangi.

“Terima kasih Jai sudi bermain untuk Sabah selamat kembali ke Kedah 2024,” ujar Sabri0404 pula di ruangan komen tersebut.

Secara keseluruhan, Rizal menjadi antara nadi penting buat Sabah pada musim ini dengan menjadi pilihan utama selaku pertahanan kanan pasukan tersebut.

Selain cemerlang beraksi dalam saingan domestik, Rizal juga menjadi antara pemain sangat menyerlah untuk membantu Sabah menjuarai Kumpulan H bagi saingan AFC musim ini.

Nama pertahanan kental tersebut mula mendapat perhatian ramai selepas beliau begitu menyerlah bersama Kedah bawah kendalian Tan Cheng Hoe suatu ketika.

Kekuatan fizikal serta larian pantas dimiliki Rizal menjadikan beliau turut mendapat perhatian untuk menyarung jersi skuad kebangsaan ketika itu.

Rizal meninggalkan Kedah pada penghujung 2021 bersama Baddrol untuk menjadi rekrut baharu buat Sabah pada musim 2022 sehingga kini.

Jika khabar angin tersebut benar, maka satu lagi masalah buat Nafuzi Zain pada musim hadapan bakal selesai menerusi penambahan pemain berkualiti di posisi pertahanan Sang Kenari.

Kehadiran Rizal sudah tentu akan dirai dengan penuh meriah dalam kalangan penyokong, kerana sehingga kini pemain tersebut menjadi antara watak kesayangan ramai peminat setia Sang Kenari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN