Perseteruan AC Milan Dan Juventus Yang Kian Panas

AC Milan dan Juventus adalah pertemuan di antara 2 kelab yang paling sukses di Itali. Perseteruan mereka sudah wujud sejak dahulu lagi kerana isu pencapaian kesukanan.

Tradisi Inggeris

2 pasukan tradisi ini dipengaruhi oleh unsur Inggeris – seperti mana banyak kelab di Itali yang ditubuhkan beratus tahun yang lalu. Ini kerana bola sepak di Itali diperkenalkan oleh pedagang-pedagang Inggeris.

AC Milan adalah kelab yang ditubuhkan 2 orang Inggeris iaitu Alfred Edwards dan Herbert Kilpin. Sebab itu sehingga ke hari ini logo ala bendera England itu antara simbol kepada AC Milan.

Manakala warna jersi yang dipakai oleh Juventus pada hari ini adalah kerana Tom Gordon Savage yang sengaja menempah jersi hitam putih daripada rakannya di England.

Savage peminat setia Notts County – beliau diberikan kepercayaan pengurusan Juventus untuk memesan baju daripada England. Ketika itu warna rasmi Juventus adalah merah jambu dan hitam.

Selepas tiada pilihan – Juventus terpaksa memakai jersi yang sudah siap itu dan ianya dianggap memberikan tuah. Akhirnya warna hitam putih kekal menjadi identiti Juventus sehingga ke hari ini.

Juventus, AC Milan dan Inter Milan

Selain daripada unsur Inggeris, kedua-dua kelab ini juga lebih bencikan Inter Milan di dalam satu segitiga yang ada Juventus – AC Milan – Inter Milan.

Salah satu sebab kenapa Juventus lebih tegang darjah kebencian dengan Inter Milan adalah kerana isu skandal Calciopolli. Inter Milan menganggap Juventus mencuri Serie A daripada mereka. Di antara Juventus dan Inter Milan ada derbi antara bandar digelar – Derby d’Italia.

Seterusnya, bekas Pengarah Juventus – Luciano Moggi menyatakan: “Inter Milan perlukan 1 lagi calciopoli, barulah mereka [Inter] dapat merasai gelaran Serie A sekali lagi,” satu kenyataan yang merendah-rendahkan kemampuan Inter Milan.

Ini kerana, ketika Juventus sedang jatuh dilanda skandal itu – Inter Milan merupakan kelab yang paling aktif – secara terbuka – mahukan pemain Juventus. Ibrahimovic dan Vieira adalah 2 pemain yang berjaya ditandatangani oleh Inter Milan daripada Juventus.

Ini kerana selepas kebangkitan semula Juventus daripada Calciopoli – Inter Milan bergelut dengan prestasi dan masih tidak memenangi Serie A lagi. Hanya dengan tiadanya Juventus di dalam persaingan barulah Inter Milan boleh mendabik dada. Itulah maksud ayat ironik itu.

Agak ironik apabila AC Milan turut menjadi salah sebuah pasukan yang dikenakan hukuman kerana skandal calciopoli.

Itulah sebab kenapa bekas pengurus Inter Milan Jose Mourinho sentiasa menjadi sasaran penyokong Juventus dalam 2 pertemuan UCL musim 2018/19. Ini kerana kaitan beliau dengan Inter Milan.

Reaksi Mourinho selepas kemenangan 2-1 Man. United di Turin dalam UCL 2018/19

Sementara itu permusuhan di antara AC Milan dan Inter Milan pastinya lebih perit berbanding perlawanan Juventus vs AC Milan kerana ianya derbi. Jadi kita cuma memberikan fokus kepada kelab Milan mana yang lebih dibenci Juventus.

AC Milan vs Juventus

Namun begitu perseteruan di antara Juventus dan AC Milan tetap ada kepanasannya tersendiri dari sudut kesukanan. Jadi, ada sedikit rasa seperti Derbi D’Italia di dalam perlawanan ini.

Ketika Juventus disingkirkan ke Serie B – 2 kelab Milan – Inter dan AC Milan mendominasi Serie A. Inter Milan menjuarai 5 Serie A berturut-turut daripada 2005/06 sehingga 2009/10.

AC Milan menjuarai Serie A adalah pada 2010/11. Ketika itu mereka diuruskan oleh Max Allegri.

Pasukan AC Milan tersebut merupakan pasukan terakhir yang menjuarai Serie A selain Juventus sehingga ke hari ini – kerana selepas itu Serie A telah dililit dengan reben hitam putih sebanyak 8 kali berturut-turut.

Sepanjang tempoh itu – AC Milan bergelut dengan prestasi di atas padang dan juga masalah kewangan kelab mereka. Milan gagal untuk menjadi pesaing kepada Juventus dalam Serie A berbanding dengan AS Roma dan Napoli.

TURIN, ITALY – MAY 14: Juventus FC players celebrate with the trophy after the Serie A match between Juventus FC and UC Sampdoria at Juventus Arena on May 14, 2016 in Turin, Italy. (Photo by Valerio Pennicino/Getty Images)

Pada UCL 2011/12, gol hantu oleh Sulley Muntari mewarnai pertembungan kedua-dua pasukan. Dengan perkembangan media sosial, perbalahan di antara penyokong dan media bebas yang condong kepada pasukan masing-masing milai memainkan banyak sentimen.

Pada 2012 – Andrea Pirlo membuat keputusan untuk menyertai Juventus sebaik sahaja kontrak beliau tamat dengan AC Milan – ketika itu Milan merasakan Pirlo sudah ‘berakhir’. Ternyata AC Milan silap apabila Pirlo melalui fasa terbaik di dalam kariernya selepas era Milan-Ancelotti.

Buffon
TURIN, ITALY – MAY 18: Gianluigi Buffon (R) of Juventus is replaced and greets Andrea Pirlo during the Serie A match between Juventus and Cagliari Calcio at Juventus Arena on May 18, 2014 in Turin, Italy. (Photo by Valerio Pennicino/Getty Images)

Pada musim 2016/17 AC Milan menunjukkan peningkatan mereka dengan para pemain muda. Pada awal musim mereka dilihat bakal kembali mencabar kejuaraan liga. Sayangnya pada separuh kedua musim AC Milan gagal mengekalkan prestasi mereka. Namun musim tersebut 2 kelab ini bertemu 4 kali – dalam liga dan piala domestik.

Malam final Piala Super Itali antara yang paling diingati. AC Milan berjaya menewaskan Juventus dengan aksi cemerlang oleh Donnarumma dan Manuel Locatelli. Namun selepas itu Juventus membalas dengan kemenangan 2 perlawanan dalam Serie A dan suku akhir Coppa Italia.

Gianluigi Donnarumma mulai dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus. Pemain itu sendiri dengan terbuka memberitahu beliau berminat untuk ke Juventus bagi menggantikan Gianluigi Buffon yang sudah semakin menuju ke fasa akhir kariernya. Penyokong AC Milan mulai resah – manakala penyokong Juventus yakin perjanjian itu akan dimuktamadkan.

Pada musim berikutnya – musim 2017/18 – AC Milan menerima dana yang sangat besar. Mereka mahu membentuk pasukan yang akan menjuarai Serie A dan meletakkan slot ke UCL sebagai keutamaan.

Kisah 2 kelab ini semakin panas apabila AC Milan dalam ‘revolusi China’ mereka telah memancing Leonardo Bonucci yang ketika itu tidak sehaluan dengan Max Allegri. Bonucci terus dilantik menjadi kapten AC Milan yang baharu ketika itu. AC Milan berbelanja ratusan juta euros untuk cuba mencabar semula kejuaraan – mahu merampasnya – daripada Juventus.

Tidak lama selepas itu, AC Milan berjaya memujuk Donnarumma untuk kekal – dengan syarat khas di mana AC Milan perlu menandatangani semula abangnya Antonio Donnarumma.

Namun musim tersebut, AC Milan serba tak kena dan terpaksa memecat pengurusn mereka – Vicenzo Montella – digantikan dengan Gennaro Gattuso. AC Milan gagal mara ke UCL musim 2018/19 – namun berjaya melayakkan diri ke UEL.

Ianya telah menjadi bahan jenaka oleh penyokong Juventus yang merasakan AC Milan jelas tak tahu cara menguruskan wang yang mereka ada.

Pada awal musim 2018/19 AC Milan terpaksa menjual semula Bonucci ke Juventus selepas pemain itu meminta untuk dilepaskan ke sana.

Sebagai ganti – Juventus menyertakan Gonzalo Higuain (pinjaman dengan opsyen pembelian tetap) dan Caldara (perpindahan tetap) dalam perjanjian itu. Juventus kemudian berjaya mendapatkan Cristiano Ronaldo dengan rekod pembelian terbesar oleh kelab Itali. Bukti kuasa wang yang ada pada Juventus yang sangat kuat selepas mereka membina stadium mereka sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN