SCL2018: CABJ & Cheras Raptors Berkongsi Mata Selepas Terikat 2-2

CABJ

Cheras Raptors gagal meraih kemenangan yang diidamkan selepas sekadar seri 2-2 ketika bertemu Club Atletico De Bukit Jelutong (CABJ) pada perlawanan yang berlangsung di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Cheras Raptors dilihat lebih menyajikan aksi bertenaga pada babak pertama dengan corak permainan lebih tersusun berbanding CABJ.

Dalam keghairahan Cheras Raptors memburu peluang jaringan, CABJ melakukan serangan di sebelah kiri pintu gol Cheras Raptors oleh Farhan Jasmin.

Farhan seterusnya melakukan hantaran ke belakang untuk disambar abang kandungnya, Naim Jasmin bagi membuka tirai jaringan pada minit ke-17 menerusi sepakan ‘placing’ cantik.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Cheras Raptors memperkemaskan aksi untuk kembali menyamakan kedudukan.

Semuanya berada di landasan yang tepat apabila gerakan yang dicipta dalam kawasan penalti didakwa terkena tangan pertahanan CABJ untuk mereka dihadiahkan sepakan penalti.

Hamad Aqel Mabkhot yang dipertanggungjawabkan mengambil sepakan tersebut tidak melepaskan peluang mengikat kedudukan pada minit ke-32.

Cheras Raptors di hadapan berselang dua minit perlawanan kembali bersambung berikutan kesilapan penjaga gol CABJ, Aimran Ambari yang gagal menangkap kemas bola hasil sepakan percuma dari jarak jauh.

Khairul Anuar Hashim yang tidak dikawal pertahanan CABJ menghukum kealpaan Aimran dengan mudah menolak masuk bola untuk gol kedua buat Cheras Raptors.

Bangkit dari kesilapan tersebut, CABJ mengatur semula gerakan dan ia membuahkan hasil apabila giliran mereka pula diberikan sepakan penalti selepas Naim Jasmin dikasari Nazrin Nazim dalam kawasan penalti.

Ruffie Aziz mudah menyempurnakan sepakan penalti itu pada minit ke-54 untuk menjadikan keputusan 2-2.

Cheras Raptors yang memburu kemenangan untuk semakin mendekatkan diri dengan saingan suku akhir, melancarkan serangan bertali arus pada minit akhir permainan.

Namun usaha mereka digagalkan akibat ketangkasan Aimran terutamanya ketika menafikan sepakan gunting yang diledakkan penjaga gol Cheras Raptors, Afiff Aizad.

Keputusan seri yang diraih Cheras Raptors pada perlawanan ini menyaksikan mereka perlu menunggu aksi terakhir minggu hadapan menentang Kajang AZS.

Menarik untuk disaksikan apabila kedua-dua pasukan masih berpeluang untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Pemain terbaik perlawanan: Naim Jasmin (CABJ)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN