Persekutuan Bola Sepak Catalonia Gantung Perlawanan Bola Sepak Selepas Pemimpin Pemisah Ditahan

Persekutuan Bola Sepak Catalonia bertingdak menggantung semua perlawanan bola sepak di wilayah itu pada Isnin lalu, selepas sebilan pejuang pemisah mereka dijatuhkan hukuman.

Mahkamah Tinggi Sepanyol sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara terhadap sembilan pemimpin ini kerana peranan mereka dalam mewujudkan referendum kemerdekaan pada 2017.

Tindakan menggantung atau menunda perlawanan tersebut dilakukan sebagai tanda solidariti terhadap pemimpin dan keluarga mereka, dan ia melibatkan semua perlawanan bola sepak termasuk pertandingan futsal di wilayah tersebut.

Bagaimanapun ia tidak melibatkan perlawanan La Liga atau pemain yang mewakili negara bersama skuad kebangsaan Sepanyol.

Catalonia adalah wilayah separuh autonomi yang terletah di barat-timur Sepanyol. Referendum pada 1 Oktober 2017, diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Perlembagaan Sepanyol.

90% daripada penduduk Catalonia turut untuk melakukan undian pungutan suara menuntut kemerdekaan.

Pendakwaraya berkata usaha tersebut adalah satu bentuk serangan kepada kerajaan Sepanyol, dan menuduh mereka yang terlibat sebagai pemberontak.

Keputusan oleh mahkamah pada Isnin lalu adalah hasil empat bulan perbicaraan.

Barcelona F.C – salah sebuah kelab berpengkalan di Catalonia – berpendapat penjara bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

Juara La Liga itu berpendapat pintu rundingan melalui dialog politik harus diadakan.

“Sekarang lebih dari sebelum ini, pihak kelab mendorong semua ahli politik untuk mengadakan proses dialog dan rundingan untuk menyelesaikan konflik ini, sekaligus membenarkan pembebasan pemimpin yang dikatakan bersalah.

“FC Barcelona juga melahirkan sokongan dan solidariti kepada ahli keluarga pemimpin yang memperjuangkan kebebasan.”

Pada Mac 2018, pengurus Manchester City, Pep Guardiola didenda oleh The FA selepas memakai ribon kuning, sebagai simbol sokongan kemerdekaan kepada Catalonia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN