Michael Vorm Kembali Sertai Tottenham Hotspur

Bekas penjaga gol Tottenham, Michael Vorm sertai semula pasukan yang berpangkalan di Utara London itu sehingga akhir musim ini berikutan kecederaan yang menimpa Hugo Lloris.

Pemain berusia 35 tahun itu sebelum ini meniggalkan Spurs pada penghujung musim lepas setelah kontraknya tamat dan menjadi pemain ejen bebas dan boleh menyertai mana-mana pasukan secara percuma.

Memandangkan tiada mana-mana pasukan yang mengikatnya, Vorm dibenarkan untuk menyertai Spurs kerana ejen bebas boleh menyertai pasukan baru di luar tempoh perpindahan.

Kapten Spurs, Hugo Lloris mengalami kecedaraan seirus pada sikunya dalam perlawanan menenentang Brighton & Hove Albion pada awal bulan ini dan dijangka tidak akan bermain sehingga tahun hadapan.

Situasi berkenaan meletakkan Paulo Gazzaniga sebagai pilihan utama dan Mauricio Pochettino memerlukan seorang penjaga gol berpengalaman sebagai persediaan.

Vorm sebelum ini menyertai Spurs pada 2014 dan telah membuat 47 penampilan dalam semua pertandingan. Tetapi untuk beberapa musim ini beliau berterusan menjadi pilihan kedua di belakang Hugo Lloris yang ternyata satu nama yang terlalu besar untuk disainginya.

“Pada saya ianya seperti pulang semula ke ‘rumah’. Pada hujung minggu lepas, saya menerima tawaran menerusi panggilan telefon dan saya bersedia untuk kembali bagi membantu pasukan ini.”

Kredit Foto: HITC

Musim ini Spurs melalui tempoh sukar selepas disingkirkan oleh pasukan kerdil, Colchester dari saingan Piala Carabao, tewas kepada Leicester serta Brighton dalam liga dan dibelasah Bayern Munich 7-2 di tempat sendiri dalam kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah.

“Untuk kembali bangkit, kita perlukan lakukannya bersama, kita perlukan semua orang,” kata Vorm yang menjelaskan beliau masih mengekalkan kecergasannya ketika berada di rumahnya di Netherlands.

“Sangat mudah untuk terjerumus dalam situasi yang negatif, tetapi pemikiran kita perlu kekal positif.”

Vorm akan menyarung semula jersi nombor 13 yang pernah digunakan beliau sebelum ini. Adakah Vorm akan diturunkan dalam perlawanan berdepan Watford di Stadium Tottenham pada Sabtu ini? Sama-sama kita nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN