Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) Akan Anjurkan Simposium Bincang DNA Bola Sepak Malaysia

Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Loading official content
Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers'
Jose Mourinho turned up the heat ahead of Thursday night's Ibrox showdown by insisting that Fenerbahce are a better team than Rangers.
0 seconds of 1 minute, 17 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield
01:27
00:00
01:17
01:17
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Dengan bola sepak Malaysia yang masih belum mempunyai DNA tersendiri, Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) akan menganjurkan Simposium & Anugerah Kejurulatihan Bolasepak Malaysia pada 3 dan 4 November 2017.

Dalam sidang media di Wisma FAM pagi tadi, Presiden PJBM, B. Sathianathan memberitahu tujuan utama simposium ini adalah untuk membincang dan mengenalpasti DNA bola sepak Malaysia bersama-sama ahli-ahli mereka.

PJBM yang ketika ini mempunyai kira-kira 460 ahli berdaftar, dianggotai oleh jurulatih, penolong jurulatih, jurulatih penjaga gol dan jurulatih kecergasan yang mempunyai sijil lesen A, B atau C di seluruh Malaysia.

“Simposium ini diadakan bukan untuk membincangkan hala tuju bola sepak negara. Sebaliknya ia adalah platform untuk ahli-ahli kita membincangkan penyelesaian masalah bola sepak negara,”

Menurut Sathianathan, majoriti ahlinya bersetuju bahawa masalah bola sepak negara ketika ini adalah tahap kualiti teknikal pemain-pemain yang rendah.

“Jadi kita nak dapatkan apakah training drills yang kita perlu buat yang perlu diterapkan kepada pemain-pemain akar umbi kita,” tambahnya lagi. “Tapi sebelum buat training drills, kita kena tahu apa DNA bola sepak Malaysia. Sebelum nak tentukan DNA bola sepak Malaysia, kita kena tahu dulu apa kelebihan pemain-pemain Malaysia.”

Sathianathan menjelaskan kelebihan utama pemain-pemain Malaysia adalah ‘kelajuan dan kelincahan’.

“Kalau anda lihat rekod di Australian Institute of Sport (AIS), rekod larian 40 ela Rafdi Rashid (bekas pemain Kedah) adalah antara 3 rekod paling pantas yang pernah dicatatkan oleh mereka.”

“Jadi daripada kelebihan itu, kita kena kenalpasti pula apa latihan-latihan yang sesuai dengan pemain-pemain Malaysia. Inilah yang kita akan bincang dengan ahli-ahli kita di simposium nanti.”

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B. Sathianathan bersama dengan Dato’ Richard Scully ketika sidang media di Wisma FAM pagi tadi.

Ketika ditanya apakah ada kemungkinan DNA bola sepak yang dibincangkan dalam simposium tersebut nanti akan bercangga dengan DNA bola sepak Malaysia yang telah dicadangkan oleh NFDP pada tahun 2014, Sathianathan menjawab:

“Kita akan dapatkan juga input daripada jurulatih-jurulatih NFDP dalam simposium itu nanti. Apa yang baik, kita akan ikut.”

Antara jurulatih-jurulatih yang bakal membuat perkongsian dalam simposium tersebut adalah:

  • Irfan Bakti (Topik: Magic Touch)
  • Ismail Zakaria (Topik: Perancangan Jabatan Kejurulatihan FAM)
  • Seeria Ramanarajoo (Topik: Bench Management)
  • Dato’ Richard Scully (Topik: TSG Report – Bolasepak Sukan SEA KL2017)
  • Datuk Ong Kim Swee (Topik: Cabaran & Kekangan Pasukan Sukan SEA KL2017)

Simposium & Anugerah Kejurulatihan Bolasepak Negara ini akan diadakan pada 3 dan 4 November 2017, bermula jam 11 pagi hingga 3 petang di TH Hotel, Kelana Jaya, Selangor. Ia terbuka kepada semua ahli-ahli PJBM dan jurulatih-jurulatih berlesen A, B dan C yang masih belum berdaftar di bawah PJBM.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN