Persaingan Untuk Ke EPL Musim Hadapan Kian Panas

Persaingan untuk ke EPL musim hadapan nampaknya semakin panas. Selain itu, perebutan kejuaraan juga agak sukar.

9 pasukan masih dalam landasan untuk memburu slot play-off ke EPL musim hadapan.

Newcastle dan Brighton pesaing kejuaraan

Jika Chelsea menjarakkan diri dengan selesa di EPL, di Liga Championship pula Newcastle hanya ada kelebihan 1 mata setakat ini berbanding dengan pasukan di tangga ke-2, Brighton.

Beberapa minggu lalu, hubungan Rafa Benitez dan Mike Ashley dikatakan agak tegang apabila Mike enggan memberikan dana perpindahan yang diperlukan Rafa.

Namun Rafa Benitez berkata, beliau tidak akan menjadikannya alasan untuk tidak komited kepada pasukan Newcastle, biarpun ada desas-desus menyatakan Rafa mungkin akan letak jawatan.

Ia sekali lagi dinafikan Rafa Benitez yang menyatakan beliau bukan jenis pengurus seperti itu. Namun, apa sahaja boleh berlaku kan?

Pesaing Rafa Benitez iaitu Chris Hughton dan pasukan beliau Brighton dilabel ada badi dalam play-off.

Mereka telah mara ke pusingan play-off selama tiga kali dalam tempoh empat musim terakhir. Namun gagal memenangi kesemuanya.

Mungkin cara terbaik adalah dengan layak ke EPL atas tiket automatik. Jangan lupa, Chris Hughton adalah bekas pengendali Newcastle.

Pemburuan slot play-off

Sementara itu, di tangga ke-3 sekarang ini adalah pasukan yang dikendalikan lagenda Jaap Stam iaitu Reading.

Stam boleh dikatakan telah melakukan tugasan cemerlang pada musim pertama beliau di Reading.

The Royals telah memenangi tiga perlawanan berturut-turut dan kini berada di tempat ke-3.

Seterusnya, skuad kendalian Garry Monk, Leeds tewas dalam perlawanan panas Ahad lalu. David Wagner dan Garry Monk telah bertengkar di kawasan teknikal.

Huddersfield telah memenangi perlawanan tersebut. Kekalahan Leeds membolehkan Huddersfield melonjak ke tangga ke-4 dan masih kurang 1 perlawanan.

Garry Monk juga telah melakukan tugas yang baik setakat ini dengan unit pemain yang beliau ada.

Pastilah ramai penyokong Leeds United mahu melihat kelab keramat ini kembali beraksi di EPL sejak 2004.

Di tangga ke-6 sekarang in adalah Sheffield Wednesday yang juga sedang berusaha untuk memenangi tempat dalam play off.

Kali terakhir mereka beraksi di EPL adalah pada tahun 2000.

3 lagi pasukan yang masih berpotensi untuk bersaing ke EPL menerusi slot play off adalah Nowich, Derby County dan Barnsley.

Baca juga: UEFA Mahu Sekurang-Kurangnya 16 Slot Piala Dunia 2026

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN