Kedah Umum Perlawanan Persahabatan Dengan Skuad Manuel Pellegrini

Kedah telah mengumumkan perlawanan persahabatan 2017 menentang Hebei China Fortune FC. Ia adalah aksi persahabatan terakhir pasukan Hijau Kuning.

Tarikh perlawanan ini adalah pada 23 Januari 2017, iaitu 3 hari selepas perlawanan pertama pasukan Kedah dan JDT yang akan beraksi dalam perlawanan pembukaan liga yang juga Piala Sumbangsih.

Hebei China Fortune FC dikendalikan oleh jurulatih berprofil tinggi, Manuel Pellegrini. Beliau pernah mengendalikan skuad sebesar Real Madrid dan juga kelab Liga Inggeris yang penuh bintang Manchester City.

Revolusi besar-besaran Chinese Super League telah menyaksikan Hebei China Fortune FC menjadi antara kelab yang berbelanja sangat besar.

Mereka memiliki salah seorang pemain dalam kategori 5 pemain berpendapatan lumayan di dunia pada 2016 iaitu Ezequiel Lavezzi dengan gaji £493,000 seminggu.

Kelab ini juga memiliki beberapa nama besar yang lain termasuk bekas pemain Arsenal – Gervinho, bekas pemain kebangsaan Cameroon-Stephane M’bia, bekas pemain remaja Chelsea-Gael Kakuta dan Aloisio.

Musim lalu kelab ini dipromosi ke Liga Utama setelah 2 tahun bermain di divisyen 2. Mereka menduduki tangga ke-7 dalam Chinese Super League.

Cita-cita mereka pasti lebih besar untuk 2017 dengan perlaburan besar-besaran kelab tersebut.

Untuk Kedah, ini pastinya pengalaman berguna untuk semua pihak. Dari sudut teknikal ia pasti menguji kualiti pemain-pemain Kedah.

Dari sudut taktikal, Tan Cheng Hoe akan belajar sesuatu daripada Manuel Pellegrini. Jadi jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan ini yang berlangsung Stadium Shah Alam, bertarikh 23.01.2017 pada pukul 5.00 petang.

Baca juga:Kenyataan Media Rasmi AL Sports Sempena Pelancaran Jersi Kedah 2017

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN