Perpindahan Bruno Fernandes Ke Manchester United Tertangguh Kerana Ole

Pemain yang benar-benar dimahukan oleh penyokong Manchester United, Bruno Fernandes kini hampir pasti untuk menyertai kelab tersebut.

Namun begitu, perpindahan yang dijangka akan berjaya dimeterai itu mungkin menghadapi masalah kerana permintaan yang dilakukan oleh pengurus kelab – Ole Gunnar Solskjaer.

Menurut pelbagai sumber di England, Fernandes dikatakan telah bersetuju untuk menyertai Manchester United dengan kontrak dijangka selama lima tahun.

Sebagai sebahagian daripada perpindahan itu, Manchester United bakal ‘mengorbankan’ Marcos Rojo. Namun begitu, itulah perkara yang tidak dimahukan oleh Solskjaer.

Menurut laman Daily Express, pengurus tersebut dikatakan tidak mahu sebarang pemain meninggalkan kelab tersebut kerana berpendapat skuadnya sudah sedia kecil buat masa ini.

Dengan isu kecederaan melanda pasukan, pastinya Solskjaer akan mula memberikan peluang kepada Rojo untuk beraksi walaupun pemain itu kini sudah semakin hilang tempat di Manchester United.

Rojo bagaimanapun mengatakan beliau lebih memilih untuk beraksi di Turki berbanding menjadi sebahagian daripada proses perpindaan Fernandes.

Walaupun perpindahan ini terdapat sedikit masalah, namun Manchester United dijangka akan dapat juga mendapatkan Fernandes kerana pemain tersebut mempunyai impian untuk beraksi di England.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN