Ultras Tranung Desak Perubahan Drastik FA Daerah Di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Kumpulan ultras yang menyokong pasukan Terengganu, Ultras Tranung mendesak agar perubahan drastik dilakukan persatuan-persatuan bola sepak daerah di negeri itu dilakukan.

Menerusi laman Facebook mereka, Ultras Tranung mahu persatuan-persatuan bola sepak daerah di negeri tersebut melakukan perubahan agresif dan menyingkirkan pegawai-pegawai yang tidak melakukan kerja.

Mereka turut memuji usaha yang dilakukan FA Dungun membangunkan landskap bola sepak di dearah tersebut.

“Setakat ini tiada yang boleh mencabar Persatuan Bolasepak Dungun dalam menstruktur dan bergerak agresif dalam membangunkan liga.”

“Pesatuan lain macam mana? FA Kemaman dengar cerita baru nak buat pemilihan. Pilih yang tak boleh pakai ke yang bagus? Hulu [Terengganu] macam mana? Takut nak berubah? Marang? Kuala Terengganu? Besut? Gaya lama gaya malas gaya nak jawatan sahaja?”

Mereka turut mendesak agar presiden dan ahli jawatankuasa (AJK) yang tidak aktif meletakkan jawatan mereka secara terhormat.

Malah, mereka turut menghentam sesetengah persatuan bola sepak daerah yang dianggotai oleh ahli lembaga pengarah Malaysian Football League (MFL) yang tidak melakukan kerja.

“Kita tak tanya lagi program kejurulatihan, pembangunan pemain berbakat, kursus-kursus daerah, memang malas.”

“Tambahan lagi ada beberapa daerah siap berjawatan Timbalan Presiden FA Terengganu dan juga ahli lembaga pengarah MFL. Tak rasa bersalah pun tak buat apa-apa untuk daerah.”

AGRESIF BRANDING & TRANSFORMING!Setakat ning tadok lagi yang boleh challenge Persatuan Bolasepak Dungun (Bukan Jilat)…

Posted by Ultras Tranung on Sunday, January 12, 2020

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U