Dari Liga Malaysia sehingga ke Serie A di Itali. Pada mulanya nama Pratama Arhan dikaitkan dengan perpindahan ke Selangor FC sebelum turut dikhabarkan ke Korea Selatan untuk menyertai Seongnam FC.
Pada bulan lalu media di Indonesia gempar apabila bek kiri berusia 20 tahun ini turut menarik perhatian wartawan bola sepak Itali sehingga nama pemain itu dicadangkan untuk menyertai Lazio.
Akhirnya ke Jepun
Dan akhirnya hala tuju Pratama Arhan dimuktamadkan semalam apabila secara rasmi diumumkan sebagai pemain baharu Tokyo Verdy FC. Kelab tersebut beraksi di di J2 League – iaitu divisye kedua bola sepak Jepun.
Pengesahan tersebut diumumkan sendiri oleh Tokyo Verdy sendiri melalui akaun media sosial kelab tersebut.
【TOP】この度、インドネシアのPSISスラマンに所属していたアルハン選手が、完全移籍で東京ヴェルディに加入内定しましたので、お知らせします。
クラブ初の東南アジア出身選手の獲得です🙌
アルハン選手のプロフィールおよびコメントはこちら▶https://t.co/lfWBJlAITQ#verdy #Arhan pic.twitter.com/RMedHDKEFk
— 東京ヴェルディ(TOKYO VERDY)公式⚽ (@TokyoVerdySTAFF) February 16, 2022
“Kami dengan gembira memperkenalkan Arhan, yang sebelum ini beraksi bersama PSIS Semarang di Indonesia, telah memutuskan menyertai Tokyo Verdy secara perpincahan tetap,” ujar kenyataan di media sosial kelab Jepun itu.
Perpindahan Pratama Arhan ke Toyo Verdy turut disahkan oleh PSIS Semarang yang turut mengucapkan selamat maju jaya buat bek kiri skuad kebangsaan Indonesia itu.
Kami mengonfirmasi Pratama Arhan akan lanjutkan karir di kasta kedua liga Jepang dengan bergabung dengan Tokyo Verdy. 🔵
Good luck sukses selalu, Arhan! Terus bersinar dan banggakan Indonesia di kancah internasional. 💪🏼💙
📰 https://t.co/YkwzBNsybe pic.twitter.com/J2qia6Wdji
— PSIS (@psisfcofficial) February 16, 2022
Ia bukan perkara mengejutkan melihat Pratama Arhan dikaitkan dengan banyak kelab dari luar Indonesia, apatah lagi selepas dinobatkan sebagai pemain muda terbaik di kejohanan Piala AFF 2020.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama kelab-kelab gergasi Asia dan kini Eropah mencari bakat-bakat dari Asia Tenggara. Kapten Thailand, Chanatip Songkrasin misalnya terus melengkapkan perpindahan ke Kawasaki Frontale, selepas menyertai Consodole Sapporo pada 2017.
Seperti Pratama bersama Indonesia, Chanatip turut mulai mencuri tumpuan di peringkat antarabangsa di kejohanan Piala AFF 2014.