Permintaan Ibu Yang Pasti Akan Melakar Perjalanan Karier Saddil Ramdani Musim Depan

Saddil Ramdani Sabah FC pesanan ibu

Siapa yang mampu untuk menolak permintaan seorang ibu dan mungkin begitulah juga dengan situasi terkini pemain Sabah FC, Saddil Ramdani.

Teka-teki mengenai masa depannya masih belum menemui titik noktah. Beliau banyak menerima tawaran untuk meninggalkan ‘The Rhinos’ saat ini.

Menurut perkongsian media Indonesia, Saddil ketika ini telah mendapat sekurang-kurangnya enam tawaran apabila kontraknya menuju ke penghujungnya, November ini. Dan beliau sendiri mengakuinya, beliau menerima beberapa tawaran termasuklah kontrak lanjutan dari Sabah.

Ini menyebabkannya berada dalam dilema untuk memilih hala tujunya.

Bersama Sabah musim ini, Saddil cemerlang tampil dalam 17 aksi dan membantu Sabah menamatkan Liga Super 2022 di kedudukan ketiga.

Ia pencapaian terbaik mereka sejak kembali semula ke saingan utama Liga Malaysia pada musim 2020. Ia satu loncatan yang diluar dugaan pemerhati. Ini kerana, mereka berada di kelompok dasar liga untuk dua musim iaitu di tangga ke-10 pada musim 2020 dan di tangga ke-9 pada musim 2021.

Pemain berusia 23 tahun itu juga mencetak empat gol dan enam ‘assists’.

Apa komen Saddil tentang masa depannya bersama Sabah? Adakah beliau sudah membuat keputusan mengenainya? ‘The Rhinos’ menunjukkan minat untuk mengekalkannya waima berdepan cabaran tawaran oleh kelab luar.

“Ya benar, ada empat kelab Liga 1 Indonesia [yang menawarkan kontrak].”

“Saya ini tulang belakang keluarga yang mempunyai empat adik beradik dan [mereka] tinggal bersama ibu. Saya tidak punya ayah seperti orang lain yang boleh memberikan sokongan, bimbingan, atau membiayai seluruh keperluan keluarga.”

“Jadi saya bingung dan berfikir apakah saya harus korbankan karier saya atau saya harus lebih memikirkan keluarga.”

Saddil Ramdani, BolaSport

Namun, mungkin permintaan ibu Saddil akan menyaksikan kariernya akan berterusan di sana. Siapa yang mampu menolak permintaan seorang ibu?

“Kalau dalam hati saya dan keluarga saya terutama ibu saya, dia ingin saya tetap seperti sekarang (kekal di Sabah).”

“Kerana ibu saya berpendapat rezeki saya lagi bagus di Sabah FC. Tapi di sisi lain saya juga mempunyai keinginan untuk bermain di Eropah.”

Hubungannya dengan pengendali, Datuk Ong Kim Swee juga tiada masalah kerana seperti yang kita tahu, pengendali tersebut gemar pemain muda.

Malah beliau memberi bayangan yang ia umpama hubungan seorang bapa dengan anaknya. Beliau juga mengakui semakin selesa beraksi di sana.

Ia rumus yang mudah. Restu seorang ibu menjamin masa depan yang lebih baik. Mungkin pada akhirnya, Saddil akan memilih untuk kekal sahaja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN