Perlu Ke Kane Ponteng Latihan Semata-Mata Nak Ke City?

Harry Kane
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances
01:12
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Bekas pemain Tottenham Hotspur, Dimitiar Berbatov mengatakan yang tidak ada keperluan untuk Harry Kane bertindak ponteng latihan pra-musim pasukannya.

Hal ini kerana, tindakan yang dilakukan kapten England itu sebagai isyarat untuk memaksa perpindahannya ke Manchester City bukannya pilihan bijak.

Sebaliknya pada Berbatov, Kane perlu kembali ke kelab dan menjalani latihan seperti biasa.

Dari situ, barulah segala urusan perpindahan boleh dilaksanakan dengan baik.

“Saya sangat terkejut, saya tak rasa itu adalah cara yang betul [ponteng latihan]. Saya tidak pernah boikot latihan, itu perbezaannya,” kata Berbatov menerusi Goal.

Berbatov sebelum ini pernah terlibat dengan kontroversi perpindahan ke Manchester United sewaktu mewakili Tottenham.

Tetapi beliau sekadar tidak beraksi ketika perlawanan dan masih menghadiri latihan.

“Saya mengaku ketika itu jika saya beraksi dalam perlawanan, fokus saya tidak ada di situ dan saya akan menganggu rakan sepasukan saya melakukan tugas mereka.”

Pada hemat Berbatov, sesi latihan adalah lebih mudah kerana ianya dilangsungkan secara tertutup dan rakan sepasukan akan memahami situasi yang dialami oleh Kane.

“Sesi latihan adalah mudah, ianya dilangsungkan secara tertutup dan rakan-rakan akan faham situasi anda. Ketika itu, tekanan yang dihadapi akibat perpindahan boleh dikurangkan menerusi usik-mengusik dan gelak ketawa.”

“Saya harap Kane akan kembali ke sesi latihan.”

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN